post-image

NUKLEAR MALAYSIA RAIH KEJAYAAN DI ITEX 2026

Kuala Lumpur, 20 Mei 2026– Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) telah berjaya memenangi dua pingat emas menerusi pertandingan 37th International Invention, Innovation Technology Competition & Exhibition (ITEX 2026).Pertandingan yang dianjurkan oleh C.I.S Network Sdn. Bhd ini telah diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 18 hingga 20 Mei 2026.  Sebanyak dua projek penyelidikan daripada penyelidik Nuklear Malaysia telah dipertandingkan dan kedua-duanya berjaya membawa pulang anugerah.

Pingat emas telah dimenangi menerusi projek bertajuk SMART RT-NEMO: Leak Detection in Underground Pipeline Using Radiotracer Technology yang dibangunkan oleh Dr. Noraishah Othman, En. Ahmad Hambali Ismail, Dr. Hanafi Ithnin, En. Airwan Affendy Mahmood, En. Mohamad Rabaie Shari, En. Rayvin Josman, Pn. Nurliyana Abdullah dan Pn. Ainul Mardhiah Terry.

 

Sementara itu, projek WASTE-TO-MAGNET ECO-MAG: Advancing Local Industrial Waste into Valuable Magnetite hasil penyelidikan Dr. Roshasnorlyza Hazan, Pn. Khaironie Mohamed Takip, En. Wilfred Paulus, Pn. Nur Aqilah Sapiee, Pn. Norazira Mohd Toha dan Cik Elliesya Zulkifli berjaya meraih pingat perak.

Penyertaan dalam ITEX 2026 memberi peluang kepada penyelidik Nuklear Malaysia untuk mengetengahkan hasil penyelidikan berinovasi yang berpotensi dikomersialkan. Selain itu, platform ini turut membuka ruang kerjasama strategik, memperluas jaringan promosi produk dan perkhidmatan Nuklear Malaysia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Pertandingan ini juga menjadi medium penting dalam meningkatkan kesedaran masyarakat, khususnya pemain industri dan orang awam, mengenai aplikasi teknologi nuklear serta manfaatnya dalam pembangunan negara.