• PORTAL RASMI AGENSI NUKLEAR MALAYSIA

PROGRAM JANGKA PENDEK

PUSAT KECEMERLANGAN NUKLEAR
Pusat Kecemerlangan Nuklear diamanahkan dalam melaksanakan program-program latihan dalam sektor-sektor berikut untuk meningkatkan kemahiran yang diperlukan, menggalakkan kesedaran keselamatan yang lebih besar dan mewujudkan tenaga kerja yang cekap dalam memainkan peranan yang lebih besar dalam agenda pembangunan negara:

  • Sektor keselamatan dan kesihatan
  • Sektor sinar-x perubatan
  • Sektor keselamatan persekitaran dan kesihatan
  • Sektor penilaian tanpa musnah
  • Sektor instrumentasi dan kejuruteraan
  • Sektor pengurusan teknologi
  • Sektor latihan antarabangsa

Semua program latihan yang dianjurkan seperti Latihan Awam, Program Serantau dan Program Asas Agensi direka khas untuk memenuhi kehendak dan keperluan organisasi. Program-program ini adalah efektif dan mampu menangani isu-isu kepentingan tertentu. Program latihan Nuklear Malaysia dijalankan oleh kumpulan fasilitator yang berpengalaman dan disokong oleh kemudahan yang lengkap dan pengalaman penyelidikan yang mendalam. Kursus yang dianjurkan sentiasa dikemas kini berdasarkan perubahan keperluan peraturan yang berkenaan serta mendapat nasihat pakar tanpa mengabaikan kepentingan pelanggan. Pusat Kecemerlangan Nuklear mendapat pengiktirafan oleh : -

  • Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) sebagai Penyedia Latihan Kelas A (kerajaan0023) dan Pusat Kecemerlangan Peningkatan Kemahiran PKS
  • Kementerian Kewangan untuk Insentif potongan dua kali
  • Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB)  sebagai Pusat kecemerlangan dalam aktiviti perlindungan sinaran
  • Jabatan Pembangunan Kemahiran  (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia sebagai pusat latihan dan peperiksaan Sijil Kemahiran Malaysia
  • Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai penyedia latihan dalam sinar-x Perubatan untuk program CME di bawah sistem penggredan MMC-MMA
  • IAEA Regional Training Centre  untuk program ‘Post Graduate Educational Course’ dan kursus-kursus IAEA lain
  • Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) sebagai penyedia latihan yang mengendalikan kursus yang mendapat mata pemberat CEP (CEP Point)
  • Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sebagai penyedia latihan yang menyediakan latihan peningkatan kompentensi kontraktor bagi mengumpul mata CCD (Continuous Contractor Development)

Prasarana latihan kami disokong oleh rangkaian lengkap makmal penyelidikan dan pembangunan dan lain-lain kemudahan radiasi utama yang menawarkan satu peluang yang baik bagi mempunyai pendedahan langsung dalam pelbagai jenis aplikasi dalam sinaran mengion. Nuklear Malaysia adalah satu-satunya organisasi yang boleh memberikan kemudahan ini di Malaysia. Dengan lebih 40 tahun pengalaman, ditambah pula dengan pengiktirafan kebangsaan dan antarabangsa, Pusat Kecemerlangan Nuklear akan memberikan jaminan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan.

 

LATIHAN ANTARABANGSA

Peluang program latihan dibuka kepada peserta antarabangsa yang terdiri daripada professional muda dan  berpengalaman  yang terlibat dalam aplikasi teknologi nuklear yang ingin menimba pengetahuan baharu dan kemahiran  dalam bidang teknologi dan aplikasi nuclear. Penawaran Program ini boleh adalah melalui agenda latihan berjadual ataupun boleh dibuat secara khusus mengikut keperluan organisasi yang merangkumi program seperti sangkutan saintifik, fellowships, latihan amali/simulasi, sesi konsultansi latihan dan lawatan teknikal. Pusat Kecemerlangan Nuklear Malaysia turut juga menganjurkan PGEC (Post Graduate Educational Course) dengan kerjasama IAEA sejak tahun 2000. Maklumat lanjut bagi program PGEC, boleh dilayari di https://www. iaea.org/services/training/regional-centres-radiation.


LATIHAN INDUSTRI (LI) & KAJIAN PENYELIDIKAN DAN SANGKUTAN (KPS)

Sejak tahun 1990-an, Nuklear Malaysia turut menawarkan tempat dan kepakaran kepada pelajar IPTA, IPTS dan institusi penyelidikan awam bagi melaksanakan latihan industri (LI) dan kajian penyelidikan dan sangkutan (KPS). Setiap tahun, sekitar 100-200 orang pelajar dari Universiti Awam dan Swasta telah ditempatkan untuk menjalani latihan industri di Nuklear Malaysia. Manakala, hampir 50 orang pelajar dan penyelidik pula melaksanakan kajian penyelidikan dan sangkutan samada di peringkat Ijazah Pertama (Projek Tahun Akhir), Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah.

Bagi memenuhi keperluan melahirkan tenaga kerja mahir dalam pelbagai bidang pekerjaan seperti yang dinyatakan dalam perancangan sistem pendidikan negara, program LI di Nuklear Malaysia telah berjaya menyumbang kepada peningkatan kemahiran teknikal dan insaniah kepada pelajar IPT. Manakala KPS pula menyumbang kepada peningkatan pengetahuan dan kemahiran teknikal yang  khusus dalam satu-satu bidang, kepakaran serta kecekapan pelajar dan penyelidik melalui pelaksanaan projek penyelidikan di Nuklear Malaysia.  

 

PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI

  • Pn. Nita Salina binti Abu Bakar (nita[at]nm.gov.my)
  • Cik Nur Kamalia Mohd Ramli (kamalia[at]cc.nm.gov.my)
li-01 li-02

Bidang pengajian yang ditawarkan adalah dalam bidang penggunaan teknologi nuklear mengikut kelompok penyelidikan Nuklear Malaysia seperti berikut :-

  • Bahan termaju dan pembuatan termaju
  • Alam sekitar dan sisa
  • Radiofarmasi dan biofarmasi
  • Produk berasaskan biosumber semula jadi
  • Pengimejan perubatan
  • Tenaga boleh diperbaharui
  • Keutuhan loji dan struktur
  • Tanaman industri meliputi mutagenesis, bioteknologi tumbuhan, ornamental dan aspek agronomi
  • Polimer asli dan polimer sintetik
  • Pembangunan kejuruteraan meliputi reaktor penyelidikan
  • Keselamatan dan kesihatan sinaran
  • Penjanaan kuasa elektrik alternatif – kuasa nuklear
  • Nanoteknologi dan nanobahan
  • Kejuruteraan elektrik, elektronik, mekanikal dan mekatronik
  • Teknologi maklumat dan komunikasi

Bilangan tempat yang disediakan pada satu-satu masa bergantung kepada keupayaan, kesesuaian dan boleh diurus dengan mengambil kira aspek berikut:-

  • Pegawai penyelia yang ada
  • Bidang latihan atau penyelidikan yang diperlukan;
  • Kebolehgunaan alat dan kelengkapan;
  • Bentuk penyeliaan latihan atau penyelidikan yang mampu diberi;
  • Keselamatan dan kesihatan semasa latihan; dan
  • Tidak menjejaskan keutamaan Nuklear Malaysia

Carta Alir Permohonan Penempatan Pelajar Latihan Industri / Kajian Penyelidikan Perindustrian di Agensi Nuklear Malaysia

Dokumen yang diperlukan semasa menghantar permohonan latihan industri/kajian penyelidikan di Nuklear Malaysia adalah:

  • Surat permohonan rasmi menjalani latihan industri/kajian penyelidikan melalui IPT/institusi
  • Resume/C.V. beserta gambar yang terkini
  • Transkrip akademik
  • Kertas cadangan projek penyelidikan pelajar (bagi permohonan menjalankan kajian penyelidikan/sangkutan sahaja)

Dokumen ini diperlukan oleh urusetia bagi mempermudah urusan penempatan pelajar latihan industri dan sebagai rujukan untuk pihak pengurusan Nuklear Malaysia dalam mempertimbangkan permohonan melaksanakan kajian penyelidikan di Nuklear Malaysia. Hanya PERMOHONAN YANG LENGKAP layak dipertimbangkan untuk penempatan dan kelulusan.
Surat permohonan rasmi dan dokumen sokongan yang lengkap hendaklah dikemukakan melalui pos kepada alamat berikut:


Ketua Pengarah
Agensi Nuklear Malaysia
Blok 11, Kompleks Bangi
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan
(u.p: Pengarah Bahagian Pembangunan Sumber Manusia)

Tarikh akhir bagi penghantaran permohonan pelajar latihan industri adalah seperti jadual berikut:

Sesi Pendaftaran Pelajar
Jan/Feb/Mac/Apr

May/Jun/Jul/Ogos

Sept/Okt/Nov/Dis

Tarikh Akhir Penerimaan Permohonan

31 Oktober

28 Februari

30 Jun

Permohonan latihan industri yang berjaya akan dimaklumkan kepada pihak IPT melalui surat tawaran untuk tindakan lanjut mengikut tarikh seperti berikut.

Sesi Pendaftaran Pelajar
Jan/Feb/Mac/Apr

May/Jun/Jul/Ogos

Sept/Okt/Nov/Dis

Tarikh Akhir Pemakluman kepada IPT

15 Disember

15 April

15 Ogos

Manakala, tarikh akhir bagi penghantaran permohonan bagi kajian penyelidikan secara sangkutan di Nuklear Malaysia adalah selewat-lewatnya ENAM (6) MINGGU sebelum tarikh pelajar/penyelidik mula melaksanakan kajian penyelidikan di Nuklear Malaysia.

Permohonan latihan industri/kajian penyelidikan yang berjaya akan dimaklumkan kepada pelajar/penyelidik melalui surat jawapan rasmi yang akan dihantar melalui pos kepada pihak IPT/institusi.

 

MAKLUMAT TAMBAHAN

Nuklear Malaysia tidak menyediakan kemudahan penginapan dan pengangkutan kepada pelajar atau penyelidik yang diterima untuk menjalani latihan industri atau melaksanakan kajian penyelidikan.  Nuklear Malaysia juga tidak menyediakan elaun latihan kepada pelajar latihan industri disebabkan kekangan peruntukan yang terhad. Manakala, bagi pelajar/penyelidik yang menjalankan penyelidikan di bawah projek yang dibiayai oleh science-fund/techno-fund, tuntutan elaun boleh dibuat melalui ketua projek berkaitan tertakluk kepada peruntukan yang diluluskan.

Sila rujuk Carta Alir Permohonan Penempatan Pelajar Latihan Industri / Kajian Penyelidikan di Agensi Nuklear Malaysia bagi prosedur lengkap penempatan latihan industri/kajian penyelidikan.


Sebarang maklumat atau persoalan lanjut berkaitan urusan penempatan pelajar latihan industri dan kajian penyelidikan sila layari SISPA.

 

Garis Panduan Pengambilan Pelajar Latihan Industri dan Kajian Penyelidikan Agensi Nuklear Malaysia

Carta Alir Permohonan Penempatan Pelajar Latihan Industri / Kajian Penyelidikan - PEKELILING KETUA PENGARAH BIL 1 TAHUN 2017


FOLLOW-UP TRAINING COURSE (FTC)

Pada tahun 2012, Malaysia mula bekerjasama dengan Japan Atomic Enery Agency (JAEA) bagi membangunkan  keupayaan sumber manusia dalam teknologi nuklear dan teknologi berkaitan dengannya. Pegawai Penyelidik dari Nuklear Malaysia yang telah dihantar untuk menghadiri Instructor Training Course (ITC) di Jepun bertanggungjawab untuk menyebarluas pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari serta melatih institusi-institusi pendidikan dan penyelidikan serta agensi-agensi kerajaan lain dalam bidang berkaitan melalui program Follow-up Training Course (FTC).

Tiga bidang utama yang ditawarkan dalam Kursus FTC yang mendapat pengiktirafan JAEA ialah Kejuruteraan Reaktor (RE), Kesiapsiagaan Kecemasan Radiologi &  Nuklear (NREP) serta Pemantauan Radioaktiviti Alam Sekitar (ERM). Melalui FTC, kepakaran, pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi di Jepun dapat dipindahkan (transfer of knowledge) dan berupaya membangunkan modal insan dalam tiga bidang tersebut untuk keperluan sektor-sektor lain yang terlibat.

 

PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI

  • Pn. Nita Salina binti Abu Bakar (nita[at]nm.gov.my)
ftc-01
SANGKUTAN SAINTIFIK (PROGRAM JANGKA PANJANG)

Program sangkutan penyelidikan saintifik merupakan pembelajaran dinamik untuk para penyelidik dan saintis bagi meningkatkan pengetahuan dan pengalaman di dalam bidang yang berkaitan aplikasi dan teknologi nuklear. Melalui program ini, peserta yang menjalankan kajian/projek tertentu di bawah bimbingan penyelidik Nuklear Malaysia yang mempunyai kepakaran dan pengalaman luas di infrastruktur penyelidikan Nuklear Malaysia. Program ini terbuka kepada pegawai penyelidik/saintis tempatan dan antarabangsa.

OBJEKTIF

  1. Memperkaya pengalaman saintifik dan teknikal untuk pemohon
  2. Mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran saintifik
  3. Untuk merangsang dan memperluaskan tumpuan skop penyelidikan saintifik
  4. Untuk berkongsi kepakaran dan menyebarkan maklumat nuklear
  5. Untuk meningkatkan kerjasama dan rangkaian dalam kalangan individu, kumpulan dan organisasi berbeza untuk kerjasama akan datang.

 

PERATURAN PELAKSANAAN DAN PERATURAN

  1. Program sangkutan saintifik harus berkaitan dengan disiplin pemohon dan untuk suatu tempoh tertentu
  2. Program sangkutan saintifik hendaklah sesuai dengan tahap pemohon.
  3. Sebelum memohon untuk sangkutan berturutan, pemohon perlu memenuhi semua tanggungjawab sangkutan sebelumnya.
  4. Permohonan untuk sangkutan hendaklah dikemukakan sekurang-kurangnya empat bulan sebelum program bermula.
  5. Agensi Nuklear Malaysia perlu menyediakan cadangan program (termasuk modul, kos, tempoh) selepas menerima borang permohonan daripada pemohon. Semua peraturan, polisi dan keperluan kewangan perlu diambilkira dalam cadangan program tersebut.
  6. Pemohon perlu mengembalikan surat penerimaan ke Agensi Nuklear Malaysia apabila bersetuju dengan cadangan itu.
  7. Semua kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan berkaitan dengan sangkutan saintifik tetap akan dikenakan walaupun seseorang pemohon sama ada membiayai atau mendapatkan tajaan daripada luar universiti / organisasi / syarikat.
  8. Pemohon perlu mengemukakan laporan saintifik terperinci ke pejabat berkenaan dalam tempoh dua bulan selepas tamat program. Laporan tersebut perlu mengandungi secara terperinci pencapaian dan faedah sangkutan saintifik tersebut.
  9. Satu salinan laporan hendaklah dikemukakan kepada Agensi Nuklear Malaysia
  10. Semua Program ini boleh disesuaikan (program disesuaikan) untuk memenuhi keperluan khusus oleh pemohon.

 

KRITERIA PROGRAM

    1. Program ini boleh disesuaikan untuk memenuhi keperluan khusus pemohon
    2. Program mempunyai kepentingan dan faedah saintifik kepada pemohon serta universiti / organisasi / syarikat
    3. Tahap saintifik program ini, bilangan peserta dalam program, kos dan tempoh harus dipertimbangkan
    4. Semua pengesahan daripada pemohon perlu mendapat kelulusan daripada universiti / organisasi / syarikat mereka.
    5. Salinan fail akademik pemohon diperlukan.
    6. Borang Permohonan Sangkutan Saintifik mesti lengkap

 

GANGGUAN, PENANGGUHAN, PERUBAHAN TARIKH ATAU LOKASI SANGKUTAN SAINTIFIK

  1. Sekiranya tarikh sangkutan saintifik ditukar, pemohon dikehendaki mengemukakan surat pengesahan tarikh baru
  2. Sekiranya pemohon tidak boleh menghadiri sangkutan saintifik, pemohon hendaklah memaklumkan penganjur.Sekiranya pemohon gagal untuk mematuhi syarat-syarat sangkutan saintifik atau berhenti tanpa alasan yang munasabah, Agensi Nuklear Malaysia akan meminta pemohon untuk menulis surat rasmi dan pengesahan oleh syarikat / universiti mereka / organisasi.

 

BORANG PERMOHONAN SANGKUTAN SAINTIFIK

  • Semua dokumen perlu hantar melalui e-mel / faks
    • Permohonan sangkutan saintifik
    • Biodata pemohon yang terkini.

 

Muat Turun Borang Permohonan Program Sangkutan Saintifik


PROGRAM JANGKAUAN LUAR PENDIDIKAN NUKLEAR (NEO)

Bermula 1980an Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) mengorak langkah dalam melaksanakan Program Jangkauan Luar Pendidikan Nuklear (Nuclear Education Outreach - NEO). Program ini berpaksikan kepada peranan dan tanggungjawab untuk menyalurkan maklumat, memberi pendedahan dan mendidik masyarakat terhadap kepentingan dan sumbangan bidang sains dan teknologi nuklear kepada kemajuan negara. Untuk kekal relevan dan kompetetif dalam bidang ini, Nuklear Malaysia cakna akan trend semasa dan sentiasa kreatif dan inovatif dalam usaha menyediakan pelbagai pengisian program NEO kepada pelbagai lapisan masyarat. Ia turut menekankan aspek kemahiran pendidikan STEM terhadap topik berkaitan sains dan teknologi nuklear dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan.

Dalam mengukuhkan pelaksanaan NEO, Nuklear Malaysia menjalinkan kerjasama strategik dengan. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Agensi Tenaga Atom Jepun (JAEA) dan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Jalinan kerjasama ini memberi nilai tambah kepada pengisian program NEO di Malaysia dengan merujuk kepada keperluan semasa masyarakat Malaysia dan kejayaan pelaksanaan program jangkauan luar yang dilaksanakan oleh negara lain yang bernaung di bawah IAEA.

Antara format yang kebiasaannya digunapakai dalam perlaksanaan program NEO ini pula adalah seperti aktiviti hands-on, lawatan fasiliti, eksperimen dan aktiviti di dalam makmal di Nuklear Malaysia serta sesi perkongsian pengalaman oleh mereka yang terlibat secara langsung dalam dunia penyelidikan sains dan teknologi nuklear.

Keberhasilan yang diharapkan oleh Nuklear Malaysia melalui penekanan kepada program NEO ialah masyarakat yang boleh berfikir secara logik, memahami dan menerima manfaat sains dan teknologi nuklear di samping menyumbang kepada pembangunan sumber tenaga kerja yang kompetitif bagi memacu kemajuan ekonomi negara.

 

 

  • IAEA/TC/RAS0065: Supporting Sustainability and Networking of National Nuclear Institutions in Asia and the Pacific Region”.

Pada tahun 2015, IAEA telah menjemput Malaysia menjadi negara perintis (pilot country) bagi perlaksanaan projek perintis “RAS0065: Supporting Sustainability and Networking of National Nuclear Institutions in Asia and the Pacific Region”. Diperingkat Malaysia, projek ini dijenamakan sebagai “Nuclear Science and Technology for Secondary Schools (NST4SS)”.Modul sokongan yang dibangunkan oleh negara Jepun dan India telah menjadi teras kepada perlaksanaan NST4SS memandangkan ianya selaras dengan kurikulum pembelajaran Sains di Malaysia. Modul sokongan ini berupaya membantu silibus sedia ada dan memperkayakan teknik pengajaran subjek sains. NST4SS menyasarkan penyertaan daripada guru dan pelajar sekolah menengah. Sinergi kerjasama di antara Nuklear Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi program ini telah berhasil meningkatkan tahap pemahaman sains dan teknologi (S&T) serta STEM dalam kalangan peserta. Program NST4SS merangkumi:

  •      Bengkel Sinaran untuk Pelajar Sekolah Menengah

Bagi melihat kebolehlaksanaan modul pendidikan nuklear yang dibangunkan oleh negara Jepun, Malaysia telah menjalankan kajian rintis modul ini dalam kalangan pelajar sekolah. Tiga sekolah tersebut adalah mengikut kriteria sekolah harian bandar, sekolah harian luar bandar dan sekolah berasrama penuh. Kajian mendapati ketiga-tiga pelajar sekolah memberi reaksi positif terhadap bahan pembelajaran yang disediakan

 

  •     Bengkel Sinaran untuk Guru Sains

Tujuan penganjuran bengkel ini adalah untuk menyebarluas pengetahuan dan perkembangan terkini tentang teknologi dan keselamatan nuklear, memperkayakan teknik dan kreativiti dalam pengajaran sains nuklear di peringkat sekolah menengah serta menyediakan guru sains sebagai pengantara (communicator) sains dan teknologi nuklear kepada para pelajar, rakan sejawat dan masyarakat awam.

 

  •    Pertandingan Esei S&T Nuklear Peringkat Kebangsaan

Penganjuran pertandingan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar sekolah menengah terhadap penggunaan teknologi nuklear secara aman, menyemai minat pelajar terhadap perkembangan sains dan teknologi nuklear, memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu dalam bidang sains dan teknologi.

  • IAEA/TC/RAS0079: REGIONAL TRAINING COURSE FOR TEACHERS TO INTRODUCE NUCLEAR SCIENCES IN SECONDARY SCHOOLS THROUGH INNOVATIVE APPROACHES

“RAS 0079: Educating Secondary Students and Science Teachers on Nuclear Science and Technology” adalah merupakan projek baharu bagi Kerjasama Teknikal (TC) IAEA yang telah diperluaskan ke seluruh negara anggota di rantau Asia Pasifik. Tempoh perlaksanaannya juga adalah selama empat tahun iaitu dari 2018 hingga 2021 dengan memfokuskan pemerkasaan guru.

RAS0079 dirangka khusus untuk guru sains sekolah menengah di mana menyalurkan maklumat penting berkaitan asas sains nuklear, aplikasi sains nuklear, dan pengurusan risiko teknologi nuklear. Program ini memperkenalkan guru dengan kaedah baharu yang lebih inovatif untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar melalui pendekatan akademik dan kegiatan kokurikulum.

Program RAS0079 diadakan selama dua minggu dengan penyediaan modul yang dibahagikan mengikut minggu. Pada minggu pertama, guru didedahkan dengan maklumat teknikal mengenai NST dan aplikasinya. Manakala untuk minggu kedua pula memfokuskan kepada pembinaan kemahiran mengajar, rancangan pembelajaran, aktiviti kokurikulum dan pelan tindakan nasional. Kumpulan pakar dan pensyarah juga turut terlibat bagi menyampaikan ceramah mengikut kepakaran masing-masing.

Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.

Sumber bahan pendidikan nuklear merangkumkan pelbagai modul berkaitan sains dan teknologi Ia bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan golongan sasar terhadap sains dan teknologi nuklear.

Webinar Pendidikan Nuklear adalah antara teras penting dalam NEO. Terdapat 3 objektif utama penganjuran program ini iaitu pertama, menyebarluas pengetahuan tentang perkembangan terkini teknologi nuklear dan keselamatan nuklear. Kedua, meningkatkan keyakinan dan kebolehpercayaan kumpulan sasaran terhadap kepentingan bidang S&T nuklear bagi Pembangunan Modal Insan. Seterusnya ketiga, memotivasikan kumpulan sasaran untuk menceburi bidang S&T. Antara program yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

  • WEBINAR SEMBANG SANTAI SAINTIS (3S)

Webinar Sembang Santai Saintis (3S) merupakan sebuah program perkongsian ilmu secara atas talian daripada saintis terpilih Nuklear Malaysia yang menyasarkan penyertaan daripada kalangan guru dan pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia. Program ini dibuka untuk tempahan kepada pihak sekolah yang berminat untuk mendalami dan meningkatkan lagi kefahaman berkenaan ilmu sains dan teknologi nuklear. Pengisiannya merangkumi aktiviti ceramah, kuiz interaktif, sesi soal dan jawab (Q&A) dan beberapa aktiviti interaktif yang lain. Program ini dianjurkan dari semasa ke semasa mengikut permintaan daripada pihak sekolah.

  • WEBINAR KESATUAN SEKERJA KAKITANGAN MAKMAL (KKSM)

Webinar Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal (KKSM) merupakan program perkongsian ilmu secara atas talian daripada saintis terpilih Nuklear Malaysia kepada kumpulan sasaran iaitu pembantu makmal. Program ini dilaksanakan bagi meningkatkan kefahaman para peserta berkenaan pengawasan keselamatan dan penyelenggaran makmal yang tepat. Bukan itu sahaja, program ini juga bertujuan untuk melengkapkan pengetahuan pembantu makmal berkaitan keselamatan nuklear dan membentuk pembantu makmal sebagai pengantara (communicator) sains dan teknologi nuklear kepada para pelajar, rakan sejawat dan masyarakat awam. Antara pengisian aktiviti adalah seperti ceramah interaktif, kuiz, online assessment serta sesi soal dan jawab (Q&A).

Agensi Nuklear Malaysia menyediakan perkhidmatan pinjaman Kit Pendidikan Nuklear kepada pihak sekolah yang ingin melaksanakan program Jangkauan Luar Pendidikan Nuklear (NEO). Konsep sains akan lebih difahami oleh guru dan pelajar menerusi penyediaan alat ini.

  • Poster Promosi