• PORTAL RASMI AGENSI NUKLEAR MALAYSIA

POLISI PRIVASI

Halaman ini menerangkan polisi privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.

Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Polisi privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai polisi privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami polisi privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

Sekiranya polisi privasi ini dipinda, pindaan akan dikemaskini di halaman ini.

KENYATAAN HAKCIPTA

Hakcipta portal Agensi Nuklear Malaysia dan kandungan termasuk maklumat, teks, imej, grafik, fail suara, fail video dan susunan serta bahan-bahan ialah kepunyaan Kerajaan Malaysia kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar , dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, dihasilkan semula, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada Agensi Nuklear Malaysia.

PENAFIAN

Agensi Nuklear Malaysia dan Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

POLISI KESELAMATAN

Perlindungan Data
Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Keselamatan Storan
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

KEBEBASAN MAKLUMAT

Sekiranya anda memerlukan maklumat yang tidak dipaparkan di laman web ini, sila ajukan permohonan anda kepada Agensi Nuklear Malaysia melalui Borang Maklumbalas. Walau bagaimanapun, kebenaran mendedahkan maklumat adalah tertakluk kepada keputusan Ketua Jabatan dan peringkat keselamatan dokumen terperingkat.

POLISI e-PENYERTAAN

Polisi ini bertujuan untuk memulakan budaya dan amalan e-penyertaan demi meningkatkan ketelusan dan penyertaan awam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia).

Nuklear Malaysia sentiasa mengiktiraf penglibatan awam bagi membolehkan agensi meneroka perspektif yang lebih luas, sumber maklumat, dan penyelesaian yang berpotensi untuk meningkatkan keputusan dan perkhidmatan. Ia juga menyediakan asas bagi hubungan produktif, dialog dan perbincangan yang lebih baik, dan tadbir urus yang teratur.

  • Objektif penyertaan ini adalah untuk melibatkan rakyat dalam dasar pembangunan dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Antara saluran komunikasi yang digunakan adalah seperti:
  • Borang Maklum Balas Portal (Maklum balas/pertanyaan/aduan/cadangan)
  • Kajian Kepuasan Pelanggan
  • Media Sosial iaitu Facebook,Twitter, Instagram dan Youtube

Nuklear Malaysia amat mengalu-alukan penyertaan dengan mematuhi terma dan syarat penyertaan yang telah ditetapkan seperti berikut:

  • Sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti sesama kaum, agama dan politik adalah dilarang sama sekali.
  • Dilarang menjatuhkan maruah, menyerang peribadi & mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan peserta yang lain.
  • Kawal kenyataan anda, elakkan dari mengeluarkan bahasa kesat dan kenegerian.
  • Tidak digalakkan bersembang atau menghantar ayat yang lari daripada topik utama.
  • Topik dan link ke laman web LUCAH adalah DILARANG sama sekali.
  • Pastikan kenyataan/topik anda tidak menyalahi peraturan ‘COPYRIGHT LAW’, ‘TRADEMARK’, ‘PATENT’dan lain-lain.
  • DILARANG menggunakan ruangan Penyertaan Umum ini sebagai tempat untuk menjalankan sebarang peraduan, skim piramid, skim cepat kaya, skim duit internet, surat berantai, e-mail sampah (junk e-mail) samada secara komersil atau sebaliknya.
  • Tidak dibenarkan memuat naik fail-fail yang mengandungi virus-virus komputer seperti virus “Trojan Horses”, “worms”, “time bombs”, “cancel boots”atau apa-apa sahaja perisian atau program-program yang boleh merosakkan operasi sesebuah komputer pengguna yang lain.
  • Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan di dalam mana-mana keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin sebarang kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kenyataan/topik yang di buat di dalam ruangan e-Penyertaan ini. Individu itu sendiri seharusnya faham bahawa sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu bahan di dalam ruangan ini adalah ditanggung oleh individu itu sendiri.
  • Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda dan memadam mana-mana kenyataan/topik pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada penulis kenyataan/topik berkenaan.
  • Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda Polisi dan Garis Panduan e-Penyertaan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang pengumuman/notis.
  • Sebagai peserta atau mengeluarkan kenyataan dalam ruangan e-Penyertaan ini, anda termaktub dengan terma dan syarat Garis Panduan e-Penyertaan.