MAKMAL PHOTOSTIMULATED LUMINESCENCE
Makmal Photostimulated Luminescence (PSL) terletak di Blok 42, Bahagian Agroteknologi dan Biosains, Agensi Nuklear Malaysia. Makmal PSL ini terlibat dengan penyelidikan dan menawarkan perkhidmatan analisis untuk menyaring dan mengesan semua jenis makanan diiradiasi yang mengandungi serpihan mineral terutamanya mineral silikat dan bahan bukan organik. Teknik PSL ini sesuai digunakan bagi mengenalpasti pelbagai jenis makanan yang mengandungi mineral. Contohnya seperti herba, rempah ratus, perasa makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran, cengkerang, produk daging, bijirin, bebawang dan ubi. Teknik PSL ini adalah berdasarkan piawaian Eropah EN13751:2009 (Pengesanan makanan diiradiasi menggunakan teknik photostimulated luminescence). Makmal ini telah beroperasi sepenuhnya sejak Jun 2014 dengan menawarkan konsultasi dan perkhidmatan berkaitan pengesanan makanan diiradiasi.
Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.