Web Analytics
  • PORTAL RASMI AGENSI NUKLEAR MALAYSIA

TEKNOLOGI PEMPROSESAN SINARAN

  • PEMPROSESAN SINARAN
    • Modifikasi Sinaran Terhadap Polimer

      Modifikasi pada sintetik dan polimer semulajadi seperti polyolefin, getah asli, minyak sawit, kanji, selulosa, agar (carrageenan), chitosan untuk hydrogel, mikro-nanogel sebagai pembawa, tisu perancah (tissue scaffold), bahan termaju, biosensor, etc aplikasi automatif, kesihatan diri, aplikasi pertanian dan sektor-sektor industri yang lain. Antara aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan adalah;

      • Pemprosesan Sinaran terhadap sagu hidrogel
      • Tautsilang Sinaran bagi polimer untuk aplikasi pembuatan kabel
      • Pemprosesan Sinaran terhadap sagu biofilem dan bio busa
      • Pemprosesan Sinaran terhadap chitosan dan terbitannya
      • Formasi Sinaran terhadap polimer semulajadi bersaiz mikro dan nanozarah
      • Pembangunan 3 dimensi tisu perancah bagi aplikasi kejuruteraan tisu menerusi teknik microstereolithography
    • Sebatian Polimer dan Komposit

      Pembangunan bahan-bahan baru menerusi pengadunan sintetik, getah asli, cecair getah asli, bahan lignoselulosa dan polimer sintetik, bahan-bahan tambahan, pengisi dan penyesuaipadanan bersaiz mikro/ nano untuk kegunaan automatif, pembinaan dan aplikasi-aplikasi industri. Rawatan sinaran untuk polimer sisa industri (plastik dan getah) adalah teknologi yang terkini. Fokus utama teknologi ini adalah untuk mengitar semula sisa-sisa bahan tersebut untuk kegunaan industri bagi kepentingan ekonomi dan alam sekitar. Antara aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan adalah;

      • Kitar semula sisa getah asli dan plastik seperti PET, PP, PTFE, LDPE dan HDPE
      • Taut silang sinaran bagi tanah liat bersaiz nano EVA-NR, PP
      • Sebatian polimer yang boleh ditaut silangkan oleh sinaran mengion
      • Komposit berasaskan serat/ fiber semulajadi seperti serat daripada tandan buah kosong, pokok getah dan kenaf
      • Komposit nano berasaskan pengisi bersaiz nano seperti tanah liat (MMT), karbon tiupan (CNT), tiub halloysite (HNT), silika bersaiz nano dan grafin.
    • Sinaran untuk Pengawetan dan Sintesis

      Penyelidikan dijalankan untuk membangunkan resin baru berasaskan polimer semulajadi seperti minyat sawit yang digunakan dalam pengawetan sinaran untuk selaput/ lapisan pelindung, dakwat pencetak dan perekat. Pembangunan dan Penyelidikan (R&D) termasuk juga pembangunan bahan selaput untuk berbagai aplikasi-aplikasi industri yang bersaiz mikro/ nanozarah untuk selaput yang keras, tahan goresan dan juga rintang terhadap pelelasan. Antara aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan adalah;

      • Pengawetan sinaran bagi silika berselaput komposit bersaiz nano
      • Pengawetan sinaran bagi selaput untuk kayu-kayan, cemboards
      • Sintesis akrilat minyat sawit dan cecair getah asli serta kegunaannya
    • Sinaran untuk Teknologi Percantuman dan Pemeliharan

      Penyelidikan dan pembangunan dilaksanakan dalam bidang aplikasi teknologi sinaran bagi rawatan sisa air industri, sebatian organik mudah meruap dan sisa polimer pepejal. Tujuan utamanya untuk mengurangkan, memulihkan, mengitar semula, mengguna semula dan mengendalikan dengan selamat sisa, serta jika boleh menambah nilai sisa tersebut. Antara aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan adalah;

      • Rawatan sinaran untuk sisa air industri
      • Sinaran untuk pencantuman polimer dengan polimer semulajadi sebagai penyerap ion dan mendapatkan semula logam dalam industri
      • Sinaran untuk modifikasi bahan polimer bagi aplikasi pengaktifan pembungkusan
      • Sinaran untuk pencantuman bahan polimer bagi pembangunan pemangkin dalam pengeluaran biodiesel.
      • Sinaran untuk pencantuman bahan polimer dalam pembangunan membran sel bahan api dan tenaga solar.

Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.