KESELAMATAN DAN KESIHATAN SINARAN
- METROLOGY SINARAN
-
Tentukuran Peralatan Sinaran
SSDL merupakan sebuah pusat kebangsaan bagi penentukuran sinaran bagi kegunaan peralatan radioterapi dan perlindungan sinaran. Keperluan bagi penentukuran sinaran ini adalah termaktub di bawah Akta Perlesanan Tenaga Atom 1984 (Akta 304), Perlindungan Sinaran (Asas Keselamatan) Peraturan 1988 (pindaan 2010). Makmal Tentukuran SSDL telah mendapat pengiktirafan MS ISO/IEC 17025:2005 sejak Julai 2004. Kesemua pengukuran dan penentukuran boleh dikesan melalui makmal utama dan antarabangsa.
Fasiliti Penentukuran Gamma
Fasiliti Penentukuran Radiotherapi Gamma
Fasiliti Penentukuran X-ray
Beta Secondary Standard (BSS2)
Sijil Pengiktirafan
-
Dosimetri Peribadi dan Kawasan
SSDL juga menyediakan perkhidmatan untuk aktiviti pemantauan dan kawalan di persekitaran tempat kerja dan juga individu perseorangan. Perkhidmatan ini adalah penting untuk menilai dos pendedahan pekerja sinaran di samping memantau keselamatan di tempat kerja. Terdapat dua jenis dosimeter yang disediakan oleh SSDL iaitu, film badges dan Thermoluminescence dosimeters (TLD). Kedua-dua dosimeter ini boleh digunakan bagi tujuan penilaian dos sinaran pada seluruh tubuh badan dan juga kawasan yang dipantau.
TLDPembaca TLDOSL DosimeterBacaan OSL -
Aplikasi Industri untuk Dosimetri Dos Tinggi
Teknologi pemprosesan sinaran melibatkan penyerapan dos yang tinggi iaitu di antara 0.10 kepada ratusan kilogray (kGy). Kebolehpercayaan dan ketepatan sistem dosimeter memainkan peranan penting untuk jaminan kualiti dan proses kawalan pemprosesan industri sinaran. SSDL menyediakan ceric-cerous dan ferrous sulphate (Fricke) dalam pemprosesan sinaran yang menggunakan Cobalt -60 gamma irradiators. Pengukuran dos sinaran yang diukur dengan menggunakan ceric-cerous dosimeters boleh dinilai melalui peralatan seperti sel elektrokimia pontensiometer, manakala penilaian untuk dos sinaran yang diukur dengan Fricke dosimeter adalah menggunakan spektrofotometer UV. Tentukur untuk dosimeter dos tinggi telah mendapat pengiktirafan selaras dengan MS ISO / IEC 17025 sejak Mei 2011.
Ceric-CerousPenilaian menggunakan Ceric-CerousFrickePenilaian menggunakan Fricke -
Sinaran Tidak Mengion (NIR)
Kumpulan Radiasi Tidak Mengion (NIR) telah ditubuhkan pada tahun 1996. Unit ini terletak di bawah Bahagian Kesihatan dan Keselamatan Sinaran (BKS). Fungsinya adalah untuk menangani isu NIR di Malaysia termasuk:
- Sinaran medan elektromagnet frekuensi radio
- Frekuensi Lampau Rendah (ELF)
- Sinaran optik (ultraungu dan laser)
Aktiviti utama Kumpulan NIR ialah penyelidikan dan pembangunan (R&D) & C (Pengkomersilan), Perkhidmatan rundingcara dalam penilaian keselamatan NIR, latihan, penglibatan dalam program kesedaran awam dan bantuan teknikal dalam bidang NIR.
Kemudahan
Kumpulan NIR mempunyai 3 kemudahan makmal; iaitu makmal Radiofrequency, makmal ELF EMF dan makmal optik. Makmal ini mempunyai pelbagai peralatan untuk tujuan aktiviti penyelidikan dan perkhidmatan perundingan.Makmal Frekuensi Radio dan Gelombang Micro (RF&MW)
Makmal Frekuensi Lampau Rendah (ELF)
Makmal Ultraungu dan Laser
Perkhidmatan dan rundingcara oleh kumpulan NIR
- Penilaian keselamatan sinaran tidak mengion:
- Penilaian keselamatan frekuensi radio di sekitar struktur telekomunikasi
- Penilaian keselamatan NIR di kilang pembuatan
- Penilaian keselamatan NIR di sekitar kemudahan radar, penyiaran dan ketenteraan
- Penilaian keselamatan frekuensi rendah di sekitar talian penghantaran voltan tinggi
- Ujian Produk NIR
- Penilaian keselamatan sinaran ultraungu (UVR).
- Penilaian pengecilan isyarat (attenuation) untuk bahan penyamaran bagi struktur telekomunikasi
Pembangunan dokumen, garis panduan dan standard
- Garis panduan keselamatan laser dalam industri perubatan & penjagaan kesihatan
- Kod Teknikal mengenai penilaian sinaran Frekuensi Radio untuk Infrastruktur Komunikasi Radio
- Kod Teknikal mengenai penilaian sinaran Frekuensi Radio untuk kemudahan penyiaran
- Semakan Standard Mandatori 2021 untuk sinaran medan Elektromagnet oleh Infrastruktur Komunikasi Radio (RCI, Radio Communication Infrastructure)
- Pembangunan dokumen Pelan Inisiatif Strategik untuk RCI
- Pembangunan Penilaian Keselamatan Sinaran Ultraungu (UVR) untuk produk UVGI (Ultraviolet Germicidal Irradiation) : Radas Penyinaran Nyahkuman Ultraungu
- Pembangunan garis panduan untuk membina struktur dan pemasangan pemancar telekomunikasi – bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan
R&D berkaitan NIR di Nuklear Malaysia :
- Kajian pematuhan pendedahan medan elektromagnetik sinaran frekuensi radio (RF-EMF) untuk RCI di seluruh Malaysia
- Kajian profil mengenai medan elektromagnetik frekuensi radio (RF-EMF) di sekitar struktur telekomunikasi di Kuala Terengganu
- Penilaian keselamatan sinaran frekuensi radio di sekitar Infrastruktur telekomunikasi di Sarawak
- Kajian tentang pendedahan RF EMF dan kesan NIR pada tikus
- Mengkaji kesan pendedahan medan elektromagnetik frekuensi lampau rendah (ELF EMF) terhadap kadar pertumbuhan tumbuhan
- Kajian tahap elektromagnetik frekuensi lampau rendah (ELF EMF) yang dipancarkan oleh kabel voltan tinggi bersebelahan dengan kawasan kediaman
- Kajian tentang pendedahan NIR dari Kenderaan Perisai Tentera
- Kajian tentang pendedahan RF yang dipancarkan oleh radar di pangkalan tentera udara. Gong Kedak
- Kajian tentang tahap sinaran Ultraungu (UVR) yang dipancarkan oleh produk UVGI (Ultraviolet Germicidal Irradiation) : Radas Penyinaran Nyahkuman Ultraungu
- Pembangunan AREFCERT (sijil RF) untuk struktur telekomunikasi
Pencapaian
- Kumpulan NIR Nuklear Malaysia ialah satu-satunya organisasi yang menjalankan penyelidikan dan perkhidmatan rundingcara dalam pelbagai sinaran bukan mengion (NIR) di Malaysia. Kami adalah agensi rujukan terutamanya mengenai penilaian keselamatan sinaran radiofrekuensi dan Sinaran UV
- Mewakili Malaysia sebagai Jawatankuasa Inter-Penasihat untuk Mesyuarat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Geneva
- Pengkomersilan perkhidmatan penilaian keselamatan RF EMF
- Membentangkan kertas penyelidikan dalam Persidangan & Mesyuarat Tempatan dan Antarabangsa
- Pingat Perak – Pameran Inovasi; Pameran Pratonton Teknologi : Pembangunan Sistem Pemantauan SMART RF EMF (2021)
Pengukuran aras sinaran frekuensi radio di sekitar struktur telekomunikasi
Penilaian keselamatan ultraungu pada produk UVGI (Ultraviolet Germicidal Irradiation) : Radas Penyinaran Nyahkuman Ultraungu.
Latihan mengenai NIR
Program kesedaran awam mengenai NIR
-
Forensik Nuklear
Forensik Nuklear ditakrifkan sebagai pemeriksaan nuklear atau bahan radioaktif lain atau bukti yang tercemar dengan radionuklid dalam konteks undang-undang negara atau antarabangsa dipanggil sebagai keselamatan nuklear. Forensik nuklear ialah bidang pelbagai disiplin termasuk kimia radio-analitik, nuklear dan radiokimia, fizik reaktor, kejuruteraan nuklear, kejuruteraan proses, sains bahan, geologi dll. Analisis forensik nuklear merangkumi pengkategorian, pencirian, tafsiran forensik nuklear dan pembinaan semula. Khususnya, bukti forensik nuklear membantu penguatkuasa undang-undang dan agensi perisikan dalam usaha ke arah mencegah, mengurangkan dan mengaitkan insiden nuklear atau radiologi. Penemuan itu mungkin diperlukan sebagai bukti di mahkamah undang-undang.
Pusat Forensik Nuklear, Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) telah dibangunkan untuk membantu dalam penyiasatan kejadian jenayah dan kecemasan yang melibatkan bahan nuklear dan radioaktif. Berperanan sebagai pusat rujukan dan panduan dalam analisis forensik nuklear dan untuk memastikan penggunaan kemudahan makmal yang cekap dan berkesan dalam mengendalikan penyiasatan forensik nuklear. Pusat ini terbentuk dibawah dua perancangan utama iaitu di peringkat kebangsaan di dalam Sektor Fokus Utama bagi Keselamatan dan Sekuriti Nuklear yang terkandung dalam perancangan di bawah Dasar Teknologi Nuklear Negara (2021 -2030) dan juga terkandung di dalam Strategi 11 Wawasan Nuklear Malaysia bagi Memperkasakan Pusat Forensik Nuklear Kebangsaan dan Kajian Forensik dalam Industri.
Sistem Pengurusan Forensik Nuklear adalah prosedur operasi bersepadu di seluruh agensi. Jawatankuasa Forensik Nuklear (JKFN), Nuklear Malaysia berperanan untuk merancang aktiviti, membangunkan dan mengemaskini peraturan terkini dan memastikan perlaksanaan setiap perancangan. Kumpulan Fizik Kesihatan di bawah Bahagian Keselamatan & Kesihatan Sinaran yang juga merupakan ahli JKFN bertindak sebagai sekretariat dan akan bertindak sebagai penyelaras untuk kes forensik nuklear dan memberikan laporan teknikal kepada pihak berkuasa yang ditetapkan. Makmal teknikal dan pakar akan melaksanakan analisis forensik nuklear, mentafsir dan memberikan hasilnya kepada sekretariat.
Makmal-makmal ini akan terlibat dalam kes forensik nuklear:
- Makmal Radiokimia dan Alam Sekitar (RAS)
- Makmal Aplikasi Kimia Analitik (ACA): akan disokong oleh Kumpulan Reaktor
- Kumpulan Teknologi Bahan (MTEG)
- Makmal Tomografi Berkomputer Mikro (MicroCT)
- Makmal Mikroskop Elektron Penghantaran (TEM)
Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.