Web Analytics
  • PORTAL RASMI AGENSI NUKLEAR MALAYSIA

AGROTEKNOLOGI DAN BIOSAINS

  • AGROTEKNOLOGI DAN BIOSAINS
    • Pengenalan

      Bahagian Agroteknologi dan Biosains (BAB) mempunyai tiga kumpulan; Pembaikbakaan Tanaman, Pengurusan Agroekosistem dan Bioindustri Sinaran.

      Fokus utama ialah penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan (R,D&C) berasaskan teknologi nuklear untuk kemajuan industri pertanian dan bioindustri negara, seterusnya memastikan jaminan bekalan dan keselamatan makanan untuk rakyat. R&D yang dijalankan adalah berdasarkan permintaan dan keperluan negara melalui kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

      BAB juga menyediakan khidmat konsultansi dan analisis berkaitan mutagenesis sinaran, agroteknologi, bioproses dan isotop penyurih dalam bidang pertanian dan makanan, oleh pegawai berkepakaran dan pelaksana teknikal, dengan adanya makmal dan kemudahan penyelidikan yang lengkap.

      Kemudahan utama di BAB adalah Rumah Hijau Gama (GGH), Kemudahan Penyinaran Akut Sel Gama (BioBeam), Makmal Kultur Tisu Tumbuhan, Makmal Analisis Isotop Stabil, Makmal Patologi Tumbuhan, Makmal Kajian Nutrisi Tumbuhan, Rumah Kaca, Plot Penyaringan tumbuhan, Makmal Pengesanan Makanan Tersinar dan Makmal Penghasilan Baka Baharu Cendawan.

      Bahagian ini juga menyokong inisiatif tanggungjawab sosial dan korporat agensi dengan menyertai projek-projek komuniti yang dibiayai kerajaan melalui MOSTI, demi memastikan rakyat dan komuniti mendapat manfaat dari projek penyelidikan yang dijalankan. Selain itu, kami juga menyediakan latihan kepada pelajar dan pelatih dari dalam dan luar negara dalam usaha mempromosikan pengunaan teknologi nuklear secara aman, terutamanya di bidang pertanian dan sains biologi.

      BAB

      BAB BAB


       

    • Pembaikbakaan Tanaman

      Skop utama penyelidikan:

      Biak baka mutasi - penyelidikan menggunakan sinaran mengion dalam mengaruh mutasi bagi penghasilan varieti baharu tanaman makanan, hortikultur dan industri. Objektif kajian adalah bagi menghasilkan varieti baharu tanaman dengan ciri-ciri terpilih seperti hasil tinggi, peningkatan nilai nutrisi, rintang kepada perubahan iklim, penyakit dan serangga perosak. Tanaman utama kajian adalah padi, pisang, nanas, ubi kayu, rumput Napier, kenaf, cendawan dan spesies tanaman hiasan yang mempunyai nilai komersil seperti orkid dan kekwa.

      Bioteknologi  tumbuhan – penyelidikan termasuk penggunaan teknik dan teknologi seperti teknik kultur tisu dan bioreaktor untuk pengeluaran tanaman yang efisien; dan teknologi pembiakan pantas untuk mempercepatkan pembangunan varieti baharu. Selain daripada itu, teknik biologi molekul juga turut digunakan dalam membantu mengenalpasti varieti tanaman unggul.

      Kemudahan utama yang digunakan dalam penyelidikan membangunkan varieti baharu tanaman adalah:

      • Rumah Hijau Gama
      • Kemudahan Penyinaran Akut Sel Gama
      • Makmal Kultur Tisu Tumbuhan
      • Makmal Biologi Molekul Tumbuhan
      • Makmal Fisiologi Tumbuhan
      • Loji Bioreactor
      • Rumah Kaca Transgenik

      Sebagai satu-satunya institut penyelidikan yang menjalankan pembaikbakaan menggunakan teknologi nuklear, latihan dan sangkutan juga turut diberikan kepada pelatih dalam dan luar negara. Menjalankan kerjasama dengan rakan strategik dalam penghasilan varieti baharu tanaman serta pemindahan teknologi kepada pihak berkepentingan dalam pembaikbakaan tanaman, teknik kultur tisu dan bioreactor.

       

      biak baka
      Penggunaan varieti baharu padi secara komersil di plot petani
      biak baka
      Ujian lapangan bagi titisan mutan kenaf
      biak baka
      Varieti baharu orchid dari penyelidikan pembaikbakaan mutase
      biak baka
      Kemudahan makmal tisu kultur
      biak baka
      Ujian kerintangan penyakit ke atas titisan mutan pisang
      biak baka
      Penggunaan Teknik Pembiakan Pantas untuk penghasilan vareti baru tanaman
      biak baka
      Pembiakbakaan menggunakan teknik molekul bagi mengenalpasti varieti tanaman unggul
      biak baka
      Perbincangan bersama kolaborator bagi mengenalpasti masalah petani
      biak baka
      Pembangunan varieti baharu menggunakan sinaran gama kronik di Rumah Hijau Gama
    • Pengurusan Agroekosistem

      Skop utama penyelidikan adalah penggunaan teknologi nuklear dalam meningkatkan produktiviti dan keselamatan tanaman iaitu:

      • Pengurusan air, nutrisi dan tanah bagi tumbuhan - bagi menjamin bekalan dan keselamatan makanan untuk rakyat dan negara
      • Pengesahan ketulenan dan asalan geografi makanan - bagi produk-produk makanan seperti sarang burung walit dan madu
      • Penghasilan dan aplikasi biobaja - Teknologi penyinaran dalam pembangunan mutasi mikrob dan teknik penyurihan isotop dapat menghasilkan produk biobaja
      • Penilaian pengeluaran gas rumah hijau - menambahbaik sistem pengurusan pengeluaran pertanian secara mampan

      Kemudahan utama dibangunkan bagi tujuan penyelidikan, pembangunan, latihan dan perkhidmatan:

      • Makmal Analisis Isotop Stabil
      • Makmal Patologi Tumbuhan
      • Makmal Kajian Nutrisi Tumbuhan

      Kajian penyelidikan yang berkaitan pengurusan agroekosistem telah tertumpu kepada beberapa jenis tanaman utama seperti padi, kenaf, sayur-sayuran, kelapa sawit dan mangga harum manis dengan penglibatan agensi-agensi luar. Manakala bagi sistem penjejakan dan pengesahan ketulenan makanan pula, kumpulan ini telah menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan yang mengawal selia perkara-perkara berkaitan kualiti dan keselamatan makanan.

      Jalinan kerjasama turut dibina bagi pembangunan teknologi-teknologi baharu yang berkaitan dengan identifikasi pemalsuan dan cemaran dalam produk-produk makanan yang bertujuan untuk meningkatkan kepercayaan pengguna terhadap produk keluaran tempatan.

      biak baka

      Persampelan Tanah dan Kajian Kecekapan Penggunaan Nitrogen ke atas Mangga Harum Manis menggunakan Teknik Isotop Penyurih

      biak baka
      Kajian Kecekapan Penggunaan Nitrogen ke atas Tanaman Padi menggunakan Teknik Isotop Penyurih
      biak baka
      Kajian Kecekapan Penggunaan Nitrogen dan Air ke atas Tanaman Kenaf menggunakan Teknik Isotop Penyurih
      biak baka
      Kajian Ketulenan dan Penjejakan Madu menggunakan Teknik Isotop Penyurih
      biak baka
      Penghasilan Biobaja menggunakan Teknologi Sinaran
      biak baka
      Kajian Pelepasan Gas Rumah Hijau ke atas Tanaman Padi
    • Bioindustri Sinaran

      Skop utama penyelidikan:

      Bioproses mikrob dan pembangunan bioproduk - Mikrob utama yang diselidik adalah fungi/cendawan dan bakteria. Aktiviti utama termasuk pembiakbakaan mutasi dalam fermentasi substrat pepejal dan fermentasi kultur tenggelam. Mikrob diiradiasi untuk menghasilkan strain baharu cendawan dan bakteria. Kemudian dalam fermentasi substrat pepejal pelbagai bioproses berkaitan cendawan dijalankan bagi menghasilkan benih pepejal, benih cecair, serbuk cendawan dan produk makanan fungsian berkaitannya seperti perasa makanan, teh cendawan dan sebagainya. Selain itu, bahan bioaktif (metabolit) juga dihasilkan dalam fermentasi kultur tenggelam bagi memenuhi keperluan bioteknologi industri. Strain baharu bakteria dihasilkan untuk digunakan dalam bidang berkaitan dengan kualiti air disamping menghasilkan bahan bioplastik.

      Penyinaran makanan  - Komponen utama aplikasi radiasi dalam bidang berkaitan makanan ialah penyinaran makanan, fitosanitari dan pengesanan makanan diiradiasi. Penyinaran makanan akan merencatkan pertumbuhan organisma yang bertanggungjawab terhadap degradasi makanan, oleh itu dapat menyediakan alatan penjagaan kualiti serta sekuriti makanan kepada pengguna. Rawatan fitosanitasi digunakan untuk membasmi komoditi pertanian dari serangga perosak kuarantin sehingga komoditi tersebut dapat dieksport ke negara luar di mana perosak itu adalah dilarang sama sekali. Bagi pengesanan terhadap makanan diiradiasi, Teknik Fotostimulasi Luminesens (PSL) digunakan untuk mengesan makanan diiradiasi dengan cepat, tidak memusnahkan sampel; dan melibatkan kos yang rendah untuk menyaring pelbagai jenis makanan.

      Teknik Pensterilan Serangga (SIT)  - Teknik Pensterilan Serangga (SIT)  akan dibangunkan bagi mengawal populasi serangga/perosak. Serangga akan disteril dengan mendedahkan mereka kepada sinaran pada dos rendah dan kemudian akan dilepaskan ke kawasan yang diserang bagi merendahkan populasinya.

      Kemudahan Utama:

      • Makmal Pengesanan Makanan Tersinar,
      • Makmal Bioproduk,
      • Makmal Fitosanitari,
      • Makmal Bioteknologi Mikrob,
      • Pusat Pembangunan Agroproduk

       

      biak baka

      Teknik Fotostimulasi Luminesens (PSL) digunakan untuk mengesan makanan diiradiasi dengan cepat

      biak baka

      Mikrob diiradiasi untuk menghasilkan strain baru cendawan dan bakteria

       

      biak baka

      Pelbagai bioproses berkaitan cendawan dijalankan bagi menghasilkan benih pepejal, benih cecair, serbuk cendawan dan produk makanan fungsian berkaitannya seperti perasa makanan, teh cendawan dan sebagainya

       

      biak baka

      Cendawan Volvariella Volvacea

      biak baka

      Mycelium

      biak baka

      Liquid Seed

       

      biak baka

      Downstream products derived from mushroom. (A) Volvariella Tea (Tea Volvariella),(B) Serbuk Perasa (Seasoning) (C) Serbuk Cendawan Kering (Dried mushroom powder) (D) Cendawan kering

Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.