TEKNOLOGI PERUBATAN
- TEKNOLOGI PERUBATAN
-
Pembangunan Generator-Produced Gallium-68 Radiopeptide untuk Pengesanan Imej Kanser Payudara menggunakan Pet
Latar belakang penyelidikan
Kanser payudara merupakan faktor utama kematian pesakit kanser wanita di Malaysia juga di seluruh dunia. Untuk menangani kanser payudara, kita memerlukan kaedah pengesanan yang lebih selamat, effektif dan tepat. Positron Emission Tomography (PET) berserta Computed Tomography (CT) mampu memberikan imej 3-dimensi yang menunjukkan fungsi dan anatomi kanser tanpa melibatkan prosedur yang invasif. Oleh yang demikian, salah satu projek yang sedang dijalankan adalah melibatkan pembangunan peptid yang dilabel dengan gallium-68 untuk pengimejan kanser payudara dengan menggunakan PET/CT. Objektif projek ini adalah:
- membangunkan kemahiran mensintesis peptid dan ‘freeze drying’, kemahiran pelabelan dengan PET radioisotop dan pengimejan dengan menggunakan PET/CT;
- untuk menghasilkan agen PET baru untuk digunakan dalam perubatan nuklear; dan
- meningkatkan kesihatan rakyat, terutamnya jika kanser payudara dapat dikesan lebih awal, maka lebih banyak nyawa dapat diselamatkan, tanpa melibatkan kos dan kaedah lain yang lebih mahal dan invasif seperti pembedahan dan kimoterapi.
-
Penyelidikan dan Pembangunan Agen Anti-kanser dan Produk Fitofarmaseutikal Terpiawai
Bahagian Teknologi Perubatan telah terlibat dalam penyelidikan penemuan ubatan dari sumber semula jadi semenjak tahun 2002, dengan focus utama penyelidikan terhadap pembangunan agen anti-kanser dan produk fitofarmaseutikal terpiawai untuk rawatan kanser. Penyelidikan dan pembangunan ini menggabungkan pelbagai bidang kajian seperti pemprofilan fitokimia, pengasingan dan pengenalpastian sebatian aktif, biotinjauan pra-klinikal secara in vitro dan in vivo, kajian toksikologi ramuan farmaseutikal aktif serta kajian formulasi dos. Antara tumbuhan yang giat dikaji adalah duri tujuh (Pereskia bleo), belalai gajah (Clinacanthus nutans), kundang (Bouea macrophylla Griff) dan mas cotek (Ficus deltoidea) dari varietikunstleri, angustifolia, deltoidea dan bilobata. Pemilihan tumbuhan untuk kajian adalah berdasarkan maklumat etnobotani, etnofarmakologi dan kepustakaan sedia ada.
Mas cotek (Ficus deltoidea)Bagi pembangunan agen anti-kanser, sampel tumbuhan-tumbuhan ini diekstrak menggunakan pelarut akues dan organik, ditapis dan dikeringkan secara pengeringan sejuk beku, pengeringan sembur atau pengeringan vakum . Aktiviti sitotoksik ekstrak-ekstrak tersebut ditentukan menggunakan anak udang dan titisan sel-sel kanser terpilih. Fraksinasi berpandukan bioasai dilakukan ke atas ekstrak yang menunjukkan kesan sitotoksik yang potent dan signifikan, dan sebatian aktif akan dipencilkan menggunakan kaedah kromatografi. Kajian lanjut di peringkat molekul dijalankan ke atas sebatian aktif untuk mengetahui mekanisme tindakan kematian sel kanser. Antara kajian tersebut adalah kajian apoptosis, analisis kitaran sel dan analisis pengekspresan gen. Struktrur kimia sebatian aktif ditentukan menggunakan NMR.
Peralatan-peralatan yang digunakan dalam penyelidikan dan pembangunan produk fitofarmaseutikal
Accelerated Solvent Extractor (ASE)
Personal evaporator
Ultra High Performance Liquid Chromatography (UHPLC) System
Thin Layer Chromatography Scanning and Documentation System
Preparative Liquid Chromatography-Fast Centrifugal Partition Chromatography System
LC-Triple TOF-MS/MS
High Content Screening System
EnSpireâ Multimode Plate Reader
Hematology Analyzer
Individual Ventilated Cages SystemProduk fitofarmaseutikal terpiawai akan dibangunkan menggunakan ekstrak akues tumbuhan yang telah terbukti mempunyai aktiviti anti-oksida yang poten dan kesan sitotoksik yang signifikan terhadap sel-sel kanser. Ekstrak akuas ini akan dikeringkan menggunakan kaedah pengeringan sembur. Pembangunan produk dari ekstrak akues adalah lebih baik berbanding produk rebusan atau tinktur kerana kepekatan ramuan farmaseutikal aktif dalam ekstrak akues adalah lebih tinggi. Ini akan meningkatkan bio-keperolehan dan kesan terapeutik produk Tambahan pula dengan menggunakan ekstrak akues bagi pembangunan produk, kandungan mikrob di dalam produk akan diminimumkan dan ini boleh memanjangkan jangkahayat produk. Manakala, kelebihan menggunakan teknik pengeringan sembur adalah saiz partikel bahan aktif adalah lebih kecil (micron) dan seragam. Ini akan memudahkan penyerapan bahan aktif melalui usus kecil ke dalam aliran darah, dan akan meningkatkan bio-keperolehan dan kesan terapeutik produk.
Spray dryerProduk fitofarmaseutikal terpiawai yang telah dibangunkan di Bahagian Teknologi Perubatan adalah DELTOZIDE TABLET 200MG. Produk fitofarmaseutikal ini adalah berasaskan Mas cotek yang diformulasikan dalam bentuk tablet. Setiap tablet Deltozide mengandungi 200 mg ekstrak akues pengeringan sembur folium Mas cotek sebagai bahan aktif. Keberkesanan dan keselamatan Deltozide fitofarmaseutikal disokong oleh kajian saintifik. Kajian pra-klinikal membuktikan yang bahan aktif Deltozide fitofarmaseutikal mempunyai aktiviti anti-hiperglisemik dan mempamerkan empat mekanisma utama anti-diabetik iaitu merangsang perembesan insulin didalam sel pankreas, meningkatkan pengambilan glukosa oleh sel-sel adipos dan otot, meningkatkan perembesan adiponektin oleh sel-sel adipos dan melambatkan penyerapan glukosa di dalam usus kecil. Kajian toksikologi yang dijalankan secara in vitro dan in vivo menunjukkan bahawa Deltozide fitofarmaseutikal adalah selamat untuk diambil. Satu ciri unik yang ada pada Deltozide fitofarmaseutikal adalah sifat normo-glisemik, iaitu keupayaan produk ini untuk mengekalkan paras glukosa darah di dalam julat normal. Ciri unik ini beserta dengan sifat anti-hiperglisemiknya membuatkan Deltozide fitofarmaseutikal sangat sesuai digunakan oleh pesakit diabetis sebagai makanan tambahan dan boleh juga digunakan oleh orang normal untuk mengekalkan kesejahteraan dan kesihatan badan secara keseluruhan.
Deltozide Tablet 200MG -
Pembangunan Radioisotop Perubatan Multimodal Ho-166 Sebagai Terapi Kanser Hati Bersasa
Penyakit kanser merupakan isu global yang menberi kesan yang besar kepada negara membagun. Menurut kajian, 63% daripada kematian di negara membangun adalah berpunca daripada penyakit kanser.
Kanser hati menduduki tempat kelima bagi kanser yang didiagnosis pada kaum lelaki dan merupakan bilangan kedua tertinggi kematian akibat daripada kanser di seluruh dunia.
Ciri ciri fizikal Holmium -166 adalah seperti berikut:-
Menyinarkan tenaga beta yang tinggi
- Eβ1=1854.9 keV (50%), Eβ2=1774.3 keV (48%)
- Kuasa penembusan di dalam tisu lembut yang panjang (8.7 mm)
- Tempoh separuh hayat yang bersesuaian (26.8 jam)
- Menyinarkan tenaga gamma yang rendah (80.5 keV, 6%)
- Bersifat paramagnetik
- Berketumpatan tinggi
Aplikasi
-
Menyinarkan tenaga beta yang tinggi
- FIZIK PERUBATAN
-
Makmal Standard Fizik Perubatan bagi Diagnosis Radiologi
Makmal Tentukuran Fizik Perubatan merupakan satu-satunya makmal standard sekunder bagi bidang radiologi diagnostik di Malaysia dan di rantau Asia. Makmal ini menyediakan khidmat kalibarasi bagi peralatan ujian yang digunakan dalam bidang radiologi diagnostik. Parameter tentukuran meliputi dos, kilovoltage (kV), masa dedahan, ketumpatan optik filem dan pemantauan sensitometrik. Peralatan rujukan yang digunakan selaras dengan pengukuran di makmal standard primer seperti Physikalish-Technische Bundesanstalt (PTB) untuk Kualiti-kualiti sinaran piawai RQR, RQA dan RQT. Kualiti sinaran piawai dibangunkan berdasarkan IEC 61267:2003 dan prosedur kalibarasi yang ditetapkan dalam IAEA s Technical Report Series No. 457:2007.
Makmal ini telah menerima akreditasi MS ISO/IEC 17025:2005.
-
Makmal Standard Fizik Perubatan bagi Perubatan Nuklear
Makmal Tentukuran Fizik Perubatan merupakan satu-satunya makmal standard sekunder bagi bidang radiologi diagnostik dan perubatan nuklear di Malaysia dan di rantau Asia. Makmal ini menyediakan khidmat kalibarasi bagi peralatan ujian yang digunakan dalam bidang radiologi diagnostik. Makmal ini juga telah membangunkan standard dalam perubatan nuklear yang akan menawarkan khidmat kalibrasi untuk peralatan perubatan nuklear seperti kalibrator dos, pembilang sintilasi, pembilang ambilan radioisotop, well counter, monitor kaki dan tangan. Makmal ini telah mendapat akreditasi MS ISO/IEC 17025:2005
Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.