Alur Neutron
RTP mempunyai empat alur neutron (NB) bergarispusat 15 cm setiap satu.
Satu daripada NB ini berkeadaan tangen (BP2) dengan teras reaktor, sementara tiga lagi NB (BP 1, BP3 & BP4) membentuk jejari dari teras reaktor ke permukaan perisai konkrit. BP1 & BP3 terhenti dibahagian luar pembalik teras, sementara BP4 menembusi pembalik grafit dan terus ke bahagian dalam dinding berhampiran dengan teras (radial piercing).
NB digunakan untuk eksperimen fizik (penyerakan neutron, pembelauan neutron dan lain-lain) dan juga radiografi neutron.
![]() |
![]() |
(a) keratan rentas reaktor TRIGA PUSPATI menunjukkan kedudukan NB
|
(b) Lubang alur neutron
|