Sistem Pemindah Pneumatik
Sistem pemindah pneumatik (PTS) digunakan untuk kajian radioisotop berhayat pendek. Ia terdiri daripada paip yang menyambungkan makmal pneumatik kepada satu lokasi penyinaran di dalam teras reaktor. PTS dikendalikan menggunakan konsep perbezaan tekanan udara.
Stesen penghantar/penerima sampel di tempatkan di dalam kebuk wasap yang terletak di makmal pneumatik. Sama seperti rak berputar, sampel perlu dimasukkan terlebih dahulu ke dalam bekas sampel (plastic vial). Bekas ini kemudiannya dimeteri dan dimasukkan pula ke dalam bekas penyinaran.
![]() |
![]() |
![]() |
Kebuk wasap
|
Stesen sistem pemindah pneumatik di dalam kebuk wasap
|
Bekas sampel dan bekas penyinaran
|