Rak Berputar
Rak berputar (RR) (Rajah 1) terletak di dalam pepasangan pembalik grafit di sekeliling teras reaktor. RR mengandungi 40 lubang penyinaran yang boleh menempatkan 79 sampel. Rak ini boleh dipusingkan secara manual (menggunakan dial) ataupun menggunakan motor elektrik dengan kelajuan 1 pusingan seminit.
Sampel penyinaran hendaklah dimasukkan ke dalam bekas sampel (plastic vial) dan dimeterikan, kemudian dimasukkan pula ke dalam bekas penyinaran (polyethylene atau aluminium irradiation container). Rajah 2 menunjukkan kedua-dua bekas sampel dan bekas penyinaran polyethylene yang digunakan.
Batang kail khas yang digunakan untuk memasuk dan mengeluar sampel untuk RR (Rajah 3).
Kegunaan utama rak berputar ialah untuk pembentukan radioisotop berhayat sederhana dan panjang. Radioisotop ini digunakan untuk analisa pengaktifan neutron, diagnosis dan terapi, ujian tanpa musnah, dan sebagainya.
![]() |
![]() |
Rajah 1: Rak Berputar
|
Rajah 2: Bekas sampel dan bekas penyinaran
|
![]() |
|
Rajah 3: Batang kail khas yang digunakan untuk memasuk dan mengeluar sampel untuk RR
|