post-image

KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN SENIOR SCIENTIST NETWORK ASSOCIATION (SSCNA) KE NUKLEAR MALAYSIA

BANGI, 10 Julai 2025 – Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) telah menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Senior Scientist Network Association (SScNA) yang diketuai oleh Penaungnya, YBhg. Datuk Seri Dr. Azhar bin Haji Yahya, hari ini.

Kunjungan ini telah disambut mesra oleh Timbalan Ketua Pengarah (Program Penyelidikan & Pembangunan Teknologi), YBrs. Dr. Muhammad Rawi bin Mohamad Zin di Kompleks Nuklear Malaysia, Bangi.

Sesi interaksi dan perbincangan dua hala yang diadakan bertujuan untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan teknologi dan aplikasi nuklear di Malaysia.

Selain sesi perbincangan, delegasi SScNA turut berpeluang melawat fasiliti Reaktor TRIGA PUSPATI Simulator untuk melihat lebih dekat infrastruktur teknologi nuklear.

Turut hadir dalam kunjungan ini adalah barisan pengurusan tertinggi Nuklear Malaysia, pengarah-pengarah bahagian dan ahli-ahli persatuan.

Kunjungan hormat ini diharap dapat memperkukuh jaringan kerjasama dan perkongsian kepakaran antara SScNA dan Nuklear Malaysia ke arah pembangunan teknologi nuklear negara yang lebih mampan dan progresif.