post-image

JALINAN KERJASAMA STRATEGIK DI ANTARA DUA AGENSI

PUTRAJAYA, 23 Mac 2023 - Datuk Sazali Bin Mohamad, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan & Pematuhan) telah berbesar hati menerima kunjungan hormat delegasi Nuklear Malaysia di pejabatnya. Delegasi Nuklear Malaysia telah diketuai oleh Dr. Abdul Rahim Bin Harun, Ketua Pengarah Nuklear Malaysia dengan diiringi oleh Dr. Muhammad Rawi Bin Mohamed Zin, Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan Teknikal), Ts. Dr. Ishak Bin Mansor, Pengarah Kanan (Pengkomersilan & Perancangan Teknologi), pengarah - pengarah bahagian serta beberapa pegawai penyelidk Nuklear Malaysia.

Antara agenda utama  yang telah dibincangkan adalah jalinan serta potensi kerjasama yang boleh memberikan manfaat secara bersama dengan meliputi pembangunan modal insan, sokongan teknikal dan konsultasi disamping mengeratkan hubungan serta kerjasama menerusi program-program yang sudah sedia terjalin di antara Nuklear Malaysia dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.