post-image

ATOM MALAYSIA ANJUR SESI DIALOG BERSAMA NUKLEAR MALAYSIA

SEPANG, 1 MAC 2023- Inisiatif Nuklear Malaysia dan Atom Malaysia bagi mengadakan sesi dialog secara bersama telah direalisasikan pada 28 Februari 2023 di Pejabat Atom Malaysia, Dengkil bagi membincangkan isu-isu yang relevan melibatkan kedua-dua agensi ini.

Nuklear Malaysia telah diketuai oleh Dr. Abdul Rahim bin Harun, Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, barisan pengurusan dan Pengarah Bahagian manakala Atom Malaysia pula diwakili oleh Puan Hajah Noraishah binti Pungut, Ketua Pengarah Atom Malaysia, Pengurusan Tertinggi dan Pengarah-Pengarah Bahagian.

Sesi ini merupakan platform dalam penyelesaian maklum balas dan isu yang berbangkit serta pandangan yang dapat dijadikan panduan bagi memupuk kerjasama dan persefahaman antara Nuklear Malaysia dan Atom Malaysia.