
TEKNOLOGI NUKLEAR BANTU KONSERVASI ARTIFAK
BANGI, 17 JAN 2023- Nuklear Malaysia menyantuni kunjungan hormat dari delegasi Jabatan Muzium Malaysia (JMM) yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Pemuziuman JMM, En. Razaimi Hamat dan disambut oleh Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan & Pembangunan Teknologi) Nuklear Malaysia, Dr Rosli Darmawan. Sesi perbincangan serta interaksi dua hala ini telah berlangsung di Dewan Persidangan Nuklear Malaysia, Bangi.
pelbagai perkara telah dibincangkan terutamanya berkaitan dengan program kolaborasi yang telah sedia terjalin di antara Nuklear Malaysia dan JMM menerusi projek konservasi artifak yang melibatkan aktiviti penyelidikan dan outreach program. Turut hadir semasa sesi perbicangan berkenaan adalah Pengarah Kanan Program Pengurusan,Dr Muhammad Rawi Mohamad Zain, pengarah bahagian serta barisan pegawai penyelidik Nuklear Malaysia.