KERJASAMA NUKLEAR MALAYSIA BERSAMA KACST DALAM PENGUKURAN RADIOISOTOP
BANGI, 10 JANUARI 2023- Mesyuarat atas talian telah dijalankan di antara Kumpulan Teknologi Pentaksiran Loji (PAT), Bahagian Teknologi Industri (BTI), Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) dengan Nuclear Science Research Institute (NSRI), King Abdul Aziz City for Science and Technology (KACST).Kumpulan PAT yang diwakili oleh Dr. Mohd Fitri bin Abdul Rahman, Ts. Dr. Nazrul Hizam bin Yusoff, Dr. Susan Maria Sipaun dan Dr. Noraishah binti Othman. Manakala pihak NSRI diwakili oleh Dr. Thaar Aljuwaya dan Dr. Ahmed Alghamdi.
Topik kerjasama yang dibincangkan adalah berkenaan pengukuran berdasarkan radioisotop di antara dua kumpulan. Mesyuarat dimulakan dengan pembentangan dari pihak KACST yang diwakili oleh Dr. Thaar Aljuwaya. Pembentangan adalah berkisar berkenaan pengenalan secara umum KACST dan NSRI. Pembentangan pihak PAT pula dibentangkan oleh Ts. Dr. Nazrul Hizam bin Yusoff. Pihak NSRI amat berminat berkerjasama dalam bidang pengukuran berdasarkan radioisotop.
Mesyuarat diakhiri dengan kesimpulan kesediaan NSRImenghantar wakil untuk melawat NuklearMalaysiaterutama di BTIbagi mendapatkan pengetahuan dan perbincangan dengan lebih lanjut dan jelas berkenaan dengan teknologi radioisotop di Malaysia.