post-image

KOPERTANI SUARA HASRAT KERJASAMA BERSAMA NUKLEAR MALAYSIA DALAM APLIKASI TEKNOLOGI ISOTOP STABIL

BANGI, 10 JAN 2023- Satu perbincangan mekanisma kerjasama antara Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) yang dipengerusikan oleh ChM. Dr. Salmah binti Moosa, Pengurus Kumpulan Pengurusan Agroekosistem, Bahagian Agroteknologi dan Biosains (BAB) dan KOPERTANI (Koperasi Pertanian St. Thomas Kuantan Berhad) yang diwakili oleh Dr. Redzuan bin Ibrahim telah diadakan di Bilik Mesyuarat Hibiscus, Blok 44. KOPERTANI berminat dengan hasil kajian dari Kumpulan Pengurusan Agroekosistem yang berkaitan dengan teknologi isotop stabil dalam bidang veterinar terutamanya. Turut hadir ke sesi perbincangan tersebut adalah Encik Tan Kok Leong (Setiausaha Koperasi), Encik Azman (Bendahari Koperasi), Encik Andrew (Ahli Lembaga Koperasi) dan beberapa pegawai penyelidik Nukear Malaysia yang lain.

Daripada sesi perbincangan tersebut, terdapat dua isu uatama yang diketengahkan oleh KOPERTANI. Isu pertama ialah kehadiran lalat di ladang penternakan di mana persekitaran tersebut yang merupakan kawaasan ideal untuk pembiakkan lalat. Teknik isotop stabil mampu untuk membantu pihak berkuasa mengenalpasti punca serangan lalat ini. Selain itu, mereka juga ingin Nuklear Malaysia membangunkan kaedah pengesahan lembu A2 yang menghasilkan susu lembu protein A2 yang dikatakan lebih mudah untuk dihadam oleh sistem pencernaan tubuh badan serta sesuai diminum oleh golongan yang mempunyai alahan terhadap produk tenusu atau yang kerap mengalami masalah sakit perut selepas minum susu. Diharap kerjasama ini dapat memberikan kebaikan kepada kedua-dua pihak dan menggalakkan aplikasi isotop stabil untuk kegunaan aman.