UTP REBUT PELUANG KERJASAMA DENGAN NUKLEAR MALAYSIA
𝗦𝗘𝗥𝗜 𝗜𝗦𝗞𝗔𝗡𝗗𝗔𝗥, 𝟭2 JAN 2023 - Delegasi Nuklear Malaysia yang diketuai oleh Ketua Pengarah Nuklear Malaysia, Dr. Abdul Rahim Harun telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Naib Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP), Prof. Ts. Dr. Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib di Kampus UTP, Seri Iskandar. Turut sama dalam kunjungan tersebut adalah Dr. Rosli bin Darmawan, Timbalan Ketua Pengarah PPT, Nuklear Malaysia.
Kunjungan hormat ini diadakan untuk membincangkan hala tuju dan peluang kerjasama strategik yang berasaskan teknologi nuklear secara berterusan di antara Nuklear Malaysia dan UTP. Jaringan kerjasama strategik di antara kedua-dua pihak ini diharapkan agar terus terjalin dan dapat memberikan nilai tambah antara satu sama lain demi manfaat untuk rakyat dan negara.