TIANG LADA HITAM
Produk mesra alam ini digunakan sebagai sokongan pokok lada hitam. Produk ini menggunakan bahan nano-hybrid biokomposit yang diperbuat dari bahan sisa perladangan seperti sekam padi, tandan sawit dan teras kenaf bagi menggantikan kebergantungan penggunaan kayu belian dalam penanaman pokok lada hitam.