RIVERPROTEC
Riverprotec adalah sistem perlindungan geoteknikal baru untuk melindungi atau mengurangkan hakisan tebing sungai, garis pantai dan jenis hakisan tanah yang lain. Produk ini dibina dari bahan hijau yang dikenali sebagai komposit polimer kayu yang mempunyai ketahanan penyerapan air dan kekuatan yang tinggi untuk bertahan terhadap persekitaran yang lasak bagi mengekal keluk dan bentuk sungai.