• PORTAL RASMI AGENSI NUKLEAR MALAYSIA

M99 BIOFERTILIZER

Biofertilizer M99 ialah produk  biobaja yang mengandungi  Pseudomonas putida, sejenis mikroorganisma berfaedah pelbagai fungsi yang diperolehi dari tanah. Biobaja ini meningkatkan nutrien makro tersedia kepada tanaman melalui fungsi mikroorganisma. mengurangkan kebergantungan baja kimia, menyokong pertumbuhan tanaman, mewujudkan rhizosfera yang sihat, memelihara kesihatan tanah,  mesra alam dan mudah digunakan serta sesuai untuk pertanian organik.