• PORTAL RASMI AGENSI NUKLEAR MALAYSIA

LOW-COST BIOREACTOR

Teknologi Low-cost Bioreactor dibangunkan sebagai alternatif kepada sistem bioreaktor komersil. Ia dibuat menggunakan botol minuman plastik polietilena terephthalate (PET) yang dikitar semula dan disterilkan menggunakan sinar gama. Kit ini mampu mengurangkan kos mikropropagasi dan boleh membekalkan anak benih dalam kuantiti yang banyak untuk pelbagai tumbuhan. Ia mampu menghasilan anak benih kultur tisu sehingga 30 kali ganda di samping mengurangkan pencemaran alam sekitar dari pembuangan botol plastik.