BENIH CECAIR CENDAWAN
Benih cecair cendawan ini dibangunkan dengan menumpukan tiga isu iaitu masalah kualiti benih, peratusan pencemaran benih tinggi dan variasi yang besar. Benih ini dihasilkan menggunakan miselium aktif dan sihat yang diinokulat ke dalam botol polietilena tersteril gama yang mengandungi media cecair. Benih ini bebas pencemaran dan menghasilkan cendawan yang seragam.