BIOLIQUIFERT
Bioliquifert ialah produk biobaja cecair pelbagai fungsi dibangunkan melalui teknik penyurihan isotop. Kelebihan biobaja ini seperti kemampuan mengikat nitrogen atmosfera (N), kemampuan mengurai fosfat (P) dan kalium (K) tanah untuk tanaman. Ianya berupaya menghasilkan hormon penggalak untuk tumbuhan, mesra alam, berjangka hayat panjang, kepekatan yang tinggi, jimat kos dan sesuai untuk pelbagai sistem penanaman.