post-image

BENGKEL PELAKSANAAN INISIATIF DASAR TEKNOLOGI NUKLEAR NEGARA (DTNN) 2030

BANGI, 15 Julai 2025- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) telah menganjurkan Bengkel Pelaksanaan Insiatif Dasar Teknologi Nuklear Negara (DTNN) 2030 pada 14 hingga 15 Julai 2025 bertempat di Bangi Resort Hotel, Selangor. Bengkel selama dua hari ini telah dihadiri seramai lebih 100 peserta yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Teras Strategik (JKTS) dan Jawatankuasa Sektor Utama (JKSU) DTNN 2030 dari pelbagai kementerian, agensi Kerajaan, syarikat milik Kerajaan, universiti awam dan swasta, serta persatuan.  Bengkel Pelaksanaan Inisiatif DTNN 2030  telah dirasmikan oleh YBrs Dr Muhammad Rawi bin Mohamed Zin, Timbalan Ketua Pengarah (Program Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi).

Matlamat utama penganjuran bengkel ini adalah untuk melihat dan menilai pencapaian pelaksanaan kesemua oucome, sasaran utama, strategi dan program flagship yang telah digariskan dibawah Pelan Tindakan DTNN 2030  di samping membincangkan isu-isu berbangkit terhadap keberkesanan pelaksanaan pelan tindakan dasar ini. Tiga kertas pertimbangan berkaitan sasaran utama DTNN 2030 juga turut dibentangkan oleh Pengerusi dan wakil JKSU yang terlibat.Hasil laporan pelaksanaan dan cadangan penambahbaikan dari bengkel ini akan dibawa untuk perhatian dan perbincangan lanjut diperingkat Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Teknologi Nuklear (JTTN) dan Jawatankuasa Pemandu Teknologi Nuklear Kebangsaan  (JPTN) yang dijangka akan diadakan pada bulan September dan Oktober 2025.