post-image

Sorotan Hari Saintis Cilik Nuklear Malaysia Tahun 2023

Unit Perpustakaan, Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) dengan kerjasama PUSPANITA Cawangan Kecil Agensi Nuklear Malaysia. Program ini diadakan bertujuan untuk membudayakan amalan membaca dan menyuburkan minat anak-anak warga Nuklear Malaysia terhadap STEM serta dapat mendedahkan mereka dengan Nuklear Malaysia.


Penyertaan yang dibuka kepada semua anak-anak warga Nuklear Malaysia berumur 5 hingga 12 tahun ini telah menarik minat seramai 85 orang peserta. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti Pertandingan Mewarna, Teka Kata Sains, Kuiz Sains (Facts and Trivia) dan Kuiz Gelombang Bunyi.