• MALAYSIAN NUCLEAR AGENCY (NUKLEAR MALAYSIA) OFFICIAL PORTAL

DATA SET

  • Data Perkhidmatan Kawalan Mutu Peralatan Diagnostic Perubatan

    Perkhidmatan kawalan mutu peralatan diagnostik yang dilaksanakan oleh Nuklear Malaysia dalam tempoh 1998 - 2017.

  • Jumlah pekerja sinaran di Malaysia

    Data berdasarkan film badge yang diproses oleh unit SSDL Nuklear Malaysia sahaja.

  • Pelaksanaan Program Kefahaman Teknologi Nuklear Di Sekolah-Sekolah Peringkat Menengah Dan IPT

    Senarai sekolah yang telah menerima kehadiran pakar dan pegawai dari Nuklear Malaysia untuk menyampaikan kesedaran mengenai sains dan teknologi nuklear kepada golongan pelajar.

  • Senarai Data Bacaan Biodosimetri

    Data kes bacaan dosimetri (dedahan kepada sinaran) di luar kebiasaan khidmat yang memerlukan lebih penelitian bagi temoh 2008 hingga 2018.

  • Senarai Harta Intelek Nuklear Malaysia

    Senarai harta intelek dan paten yang dihasilkan oleh Nuklear Malaysia.

  • Senarai Klinik Dan Hospital Yang Menggunakan Khidmat QC Dari Nuklear Malaysia

    Senarai Klinik dan hospital yang menggunakan khidmat QC bagi kalibrasi dan pengukuran sinaran dari Nuklear Malaysia.

  • Senarai Lokasi Penilaian Keselamatan Radiofrekuensi

    Senarai lokasi penilaian keselamatan Radiofrekuensi dari struktur pemancar telekomunikasi yang dijalankan oleh Nuklear Malaysia.

  • Senarai Mutan Tumbuhan Dan Variasi Dihasilkan Oleh Teknologi Nuklear Di Bidang Pertanian

    Senarai mutan tanaman dan variasi tumbuhan dihasilkan menggunakan sinaran teknologi nuklear di Nuklear Malaysia.

  • Senarai Paten Nuklear Malaysia

    Senarai paten sama yang telah di luluskan, pemfailan dsb.

  • Senarai Pelajar Latihan Industri

    Data adalah berdasarkan bilangan pelajar yang belajar di Malaysia dan berdaftar bagi menjalankan latihan industri/praktikal/kursus pendek di Nuklear Malaysia sepanjang tempoh yang dinyatakan

  • Senarai Penerbitan Agensi Nuklear Malaysia

    Senarai penerbitan Nuklear Malaysia samada dalam bentuk buku mahupun penerbitan berkala

  • Senarai Peralatan Keselamatan Nuklear Malaysia

    Senarai peralatan yang digunakan untuk melakukan kerja pengawasan , kalibrasi dan pemantauan keselamatan nuklear di Nuklear Malaysia.

  • Senarai Program Pendidikan Nuklear

    Senarai program Outreach Nuclear Education yang dijalankan oleh Nuklear Malaysia bagi tempoh 2010 hingga 2018.


  • Tekan untuk senarai data terbuka yang selanjutnya


    PANDUAN PENGGUNAAN SET DATA

    Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi terma dan syarat seperti di bawah.

    1. Penggunaan data di bawah terma ini
    Pemilik data memberi kebenaran penggunaan data tanpa sebarang caj.

    2. Pengguna boleh melaksanakan perkara yang berikut:

    1. Salin, terbit, edar dan pindah data;
    2. Adaptasi data;
    3. Guna data secara komersial dan tidak komersial; dan
    4. Gabung data dengan data lain atau rangkum data dalam produk atau aplikasi.

    3. Sekiranya melaksanakan mana-mana daripada yang dinyatakan pada para 2, pengguna HENDAKLAH:
    1. Menyatakan sumber data dalam produk atau aplikasi berdasarkan pernyataan yang ditentukan oleh pemilik data;
    2. Menyediakan pautan kepada Terma Penggunaan ini; dan
    3. Sekiranya pemilik data tidak menyediakan pernyataan pemilik harta intelek data, pengguna hendaklah menggunakan pernyataan seperti yang berikut:
      "Data dan maklumat tertakluk di bawah Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan Malaysia 1.0"

    4. PENGECUALIAN Terma Penggunaan ini tidak memperuntukkan sebarang hak terhadap:

    1. Data peribadi;
    2. Nama, jata, logo atau sebarang simbol rasmi pemilik data;
    3. Logo organisasi sektor awam atau jabatan;
    4. Lambang diraja dan lambang tentera;
    5. Hak pihak ketiga yang mana pemilik data tiada kuasa terhadapnya;
    6. Sebarang hak harta intelek termasuk paten, tanda dagangan dan hak reka bentuk; dan
    7. Dokumen identiti seperti Pasport Malaysia, MyKad.

    5. TIADA JAMINAN

    1. Data adalah dalam bentuk seperti yang disediakan oleh pemilik data. Pemilik data dikecualikan daripada sebarang representasi, waranti, obligasi dan liabiliti berhubung data; dan
    2. Pemilik data tidak bertanggungjawab terhadap sebarang ralat dan kehilangan data. Pemilik data juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang jenis kehilangan, kecederaan atau kerosakan kesan daripada penggunaan data tersebut. Pemilik data tidak memberikan jaminan data disediakan secara berterusan.

    6. UNDANG-UNDANG

    Terma Penggunaan ini ditadbir oleh undang-undang di bawah bidang kuasa dan pemilik data ialah pemilik utama bagi data tersebut.

    Tarikh Pindaan: 30 SEPTEMBER 2015
    Sumber: https://www.data.gov.my/p/terma-pengguna