Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Sangkutan Saintifik

Program Sangkutan Saintifik akan menyediakan peluang pembelajaran yang baik bagi mereka yang berada dalam perkhidmatan untuk meningkatkan pengetahuan melalui pengalaman dalam bidang yang berkaitan dengan radiasi dan teknologi nuklear. Program ini akan membolehkan peserta untuk mendapatkan maklumat mengenai teknologi di bawah bimbingan profesional kami yang sangat berpengalaman.

Peserta yang telah diterima untuk menyertai program sangkutan saintifik akan dapat melakukan tugasan atau projek-projek pelbagai di salah satu daripada bahagian kami .Mereka juga akan mendapat pengetahuan dan pengalaman dalam bidang yang diceburi. Program ini terbuka kepada peserta daripada dalam negara dan antarabangsa dalam tempoh komitmen mungkin berbeza-beza bergantung kepada permintaan sekurang-kurangnya 3 - 4 minggu.