Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Permohonan Program Sangkutan Saintifik

OBJEKTIF

  1. Memperkaya pengalaman saintifik dan teknikal untuk pemohon
  2. Mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran saintifik
  3. Untuk merangsang dan memperluaskan tumpuan skop penyelidikan saintifik
  4. Untuk berkongsi kepakaran dan menyebarkan maklumat nuklear
  5. Untuk meningkatkan kerjasama dan rangkaian dalam kalangan individu, kumpulan dan organisasi berbeza untuk kerjasama akan datang.

 

PERATURAN PELAKSANAAN DAN PERATURAN

  1. Program sangkutan saintifik harus berkaitan dengan disiplin pemohon dan untuk suatu tempoh tertentu
  2. Program sangkutan saintifik hendaklah sesuai dengan tahap pemohon.
  3. Sebelum memohon untuk sangkutan berturutan, pemohon perlu memenuhi semua tanggungjawab sangkutan sebelumnya.
  4. Permohonan untuk sangkutan hendaklah dikemukakan sekurang-kurangnya empat bulan sebelum program bermula.
  5. Agensi Nuklear Malaysia perlu menyediakan cadangan program (termasuk modul, kos, tempoh) selepas menerima borang permohonan daripada pemohon. Semua peraturan, polisi dan keperluan kewangan perlu diambilkira dalam cadangan program tersebut.
  6. Pemohon perlu mengembalikan surat penerimaan ke Agensi Nuklear Malaysia apabila bersetuju dengan cadangan itu.
  7. Semua kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan berkaitan dengan sangkutan saintifik tetap akan dikenakan walaupun seseorang pemohon sama ada membiayai atau mendapatkan tajaan daripada luar universiti / organisasi / syarikat.
  8. Pemohon perlu mengemukakan laporan saintifik terperinci ke pejabat berkenaan dalam tempoh dua bulan selepas tamat program. Laporan tersebut perlu mengandungi secara terperinci pencapaian dan faedah sangkutan saintifik tersebut.
  9. Satu salinan laporan hendaklah dikemukakan kepada Agensi Nuklear Malaysia
  10. Semua Program ini boleh disesuaikan (program disesuaikan) untuk memenuhi keperluan khusus oleh pemohon.

 

KRITERIA PROGRAM

    1. Program ini boleh disesuaikan untuk memenuhi keperluan khusus pemohon
    2. Program mempunyai kepentingan dan faedah saintifik kepada pemohon serta universiti / organisasi / syarikat
    3. Tahap saintifik program ini, bilangan peserta dalam program, kos dan tempoh harus dipertimbangkan
    4. Semua pengesahan daripada pemohon perlu mendapat kelulusan daripada universiti / organisasi / syarikat mereka.
    5. Salinan fail akademik pemohon diperlukan.
    6. Borang Permohonan Sangkutan Saintifik mesti lengkap

 

GANGGUAN, PENANGGUHAN, PERUBAHAN TARIKH ATAU LOKASI SANGKUTAN SAINTIFIK

  1. Sekiranya tarikh sangkutan saintifik ditukar, pemohon dikehendaki mengemukakan surat pengesahan tarikh baru
  2. Sekiranya pemohon tidak boleh menghadiri sangkutan saintifik, pemohon hendaklah memaklumkan penganjur.Sekiranya pemohon gagal untuk mematuhi syarat-syarat sangkutan saintifik atau berhenti tanpa alasan yang munasabah, Agensi Nuklear Malaysia akan meminta pemohon untuk menulis surat rasmi dan pengesahan oleh syarikat / universiti mereka / organisasi.

 

BORANG PERMOHONAN SANGKUTAN SAINTIFIK

  • Semua dokumen perlu hantar melalui e-mel / faks
    • Permohonan sangkutan saintifik
    • Biodata pemohon yang terkini.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.

Muat Turun Borang Permohonan Program Sangkutan Saintifik