Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Latihan Industri dan Kajian Penyelidikan

PENGENALAN
Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) menerima pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta di peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah yang ingin menjalani latihan industri di agensi ini bagi memenuhi syarat kelulusan pengajian yang diikuti.  Nuklear Malaysia turut menerima pelajar dan penyelidik dari IPT serta institusi kerajaan dan swasta bagi melaksanakan penyelidikan secara sangkutan di Nuklear Malaysia.


Program latihan industri dan kajian penyelidikan secara sangkutan di Nuklear Malaysia diperkenal dengan tujuan memberi peluang pembelajaran kepada dunia pekerjaan sebenar di samping  memperkasa kompetensi yang diperlukan oleh pelajar dan penyelidik. Urusan penempatan pelajar latihan industri dan sangkutan kajian penyelidikan di Nuklear Malaysia diselaras dan diurus oleh Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BSM).

 

OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

  • Mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar;
  • Mendedahkan pelajar kepada pengetahuan dan teknologi terkini di pasaran;
  • Mendedahkan pelajar kepada amalan spesifik dalam bidang pengkhususan masing-masing;
  • Mempertingkat pengetahuan, kemahiran (terutamanya kemahiran insaniah) dan pengalaman pelajar dengan organisasi;
  • Melahirkan graduan yang kompeten serta mempertingkat peluang pekerjaan; dan
  • Merapatkan jaringan antara pihak ipt dengan industri.