Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Permohonan Latihan Industri dan Kajian Penyelidikan

Dokumen yang diperlukan semasa menghantar permohonan latihan industri/kajian penyelidikan di Nuklear Malaysia adalah:

  • Surat permohonan rasmi menjalani latihan industri/kajian penyelidikan melalui IPT/institusi
  • Resume/C.V. beserta gambar yang terkini
  • Transkrip akademik
  • Kertas cadangan projek penyelidikan pelajar (bagi permohonan menjalankan kajian penyelidikan/sangkutan sahaja)

Dokumen ini diperlukan oleh urusetia bagi mempermudah urusan penempatan pelajar latihan industri dan sebagai rujukan untuk pihak pengurusan Nuklear Malaysia dalam mempertimbangkan permohonan melaksanakan kajian penyelidikan di Nuklear Malaysia. Hanya PERMOHONAN YANG LENGKAP layak dipertimbangkan untuk penempatan dan kelulusan.
Surat permohonan rasmi dan dokumen sokongan yang lengkap hendaklah dikemukakan melalui pos kepada alamat berikut:


Ketua Pengarah
Agensi Nuklear Malaysia
Blok 11, Kompleks Bangi
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan
(u.p: Pengarah Bahagian Pembangunan Sumber Manusia)

Tarikh akhir bagi penghantaran permohonan pelajar latihan industri adalah seperti jadual berikut:

Sesi Pendaftaran Pelajar
Jan/Feb/Mac/Apr

May/Jun/Jul/Ogos

Sept/Okt/Nov/Dis

Tarikh Akhir Penerimaan Permohonan

31 Oktober

28 Februari

30 Jun

Permohonan latihan industri yang berjaya akan dimaklumkan kepada pihak IPT melalui surat tawaran untuk tindakan lanjut mengikut tarikh seperti berikut.

Sesi Pendaftaran Pelajar
Jan/Feb/Mac/Apr

May/Jun/Jul/Ogos

Sept/Okt/Nov/Dis

Tarikh Akhir Pemakluman kepada IPT

15 Disember

15 April

15 Ogos

Manakala, tarikh akhir bagi penghantaran permohonan bagi kajian penyelidikan secara sangkutan di Nuklear Malaysia adalah selewat-lewatnya ENAM (6) MINGGU sebelum tarikh pelajar/penyelidik mula melaksanakan kajian penyelidikan di Nuklear Malaysia.

Permohonan latihan industri/kajian penyelidikan yang berjaya akan dimaklumkan kepada pelajar/penyelidik melalui surat jawapan rasmi yang akan dihantar melalui pos kepada pihak IPT/institusi.

 

MAKLUMAT TAMBAHAN

Nuklear Malaysia tidak menyediakan kemudahan penginapan dan pengangkutan kepada pelajar atau penyelidik yang diterima untuk menjalani latihan industri atau melaksanakan kajian penyelidikan.  Nuklear Malaysia juga tidak menyediakan elaun latihan kepada pelajar latihan industri disebabkan kekangan peruntukan yang terhad. Manakala, bagi pelajar/penyelidik yang menjalankan penyelidikan di bawah projek yang dibiayai oleh science-fund/techno-fund, tuntutan elaun boleh dibuat melalui ketua projek berkaitan tertakluk kepada peruntukan yang diluluskan.

Sila rujuk Carta Alir Permohonan Penempatan Pelajar Latihan Industri / Kajian Penyelidikan di Agensi Nuklear Malaysia bagi prosedur lengkap penempatan latihan industri/kajian penyelidikan.

 


Sebarang maklumat atau persoalan lanjut berkaitan urusan penempatan pelajar latihan industri dan kajian penyelidikan sila layari SISPA.

 

Garis Panduan Pengambilan Pelajar Latihan Industri dan Kajian Penyelidikan Agensi Nuklear Malaysia

Carta Alir Permohonan Penempatan Pelajar Latihan Industri / Kajian Penyelidikan - PEKELILING KETUA PENGARAH BIL 1 TAHUN 2017