Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Zetasizer

Alat Zetasizer (Foto 8.15 dan 8.16) berjulat nano mempunyai keupayaan untuk mengukur dua sifat partikel/molekul di dalam media cecair iaitu saiz dan keupayaan zeta. Untuk analisis saiz partikel, alat ini menggunakan teknologi Non-Invasive Backscattered Scattering (NIBS) yang membolehkan pengiraan saiz partikel di dalam julat 0.6 nm sehingga 6 μm. Untuk analisis keupayaan zeta, alat ini sangat sensitif dan mampu menghasilkan data dengan ketepatan dan resolusi yang tinggi. Ini hanya boleh dicapai setelah alat ini dilengkapi teknologi yang menggabungkan teknik Laser Doppler Velocimetry (LDV) dan Phase Analysis Light Scattering (PALS). Dengan menggunakan teknik yang telah dipatenkan oleh pihak Malvern ini, sampel yang mempunyai partikel yang kurang bergerak juga boleh dianalisis. Alat ini tidak memerlukan penyenggaraan malah menyediakan aplikasi yang serbaguna iaitu analisis saiz partikel/molekul termasuk kepoliserakan koloid di dalam bidang nanopartikel, opto-elektronik, protein, polimer dan farmaseutikal, mengoptimumkan proses penghasilan melalui pengiraan keupayaan zeta yang menganalisis kestabilan emulsi dan kestabilan formulasi, rawatan air, kebolehupayaan pigmen dan penentuan bahan asing. Zetasizer juga dilengkapi dengan alat pentitratan automatik dan pengiraan beraliran.

Foto 1: Malvern Zetasizer ZEN 3600

Foto 2: Proses menganalisis sampel menggunakan Zetasizer

 


Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.