Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Pembilang Tiriod

Pembilang tiroid merupakan alat yang diguna untuk mengukur pengambilan bahan radioaktif ke dalam badan manusia (Rajah 1-a). Alat ini boleh diguna untuk pemantauan in-vivo seperti mengukur Iodin-131 dan Iodin-125 yang terkumpul dalam organ tiroid, dan pemantauan in-vitro seperti mengukur keradioaktifan dalam sampel darah.  Sistem pembilang tiroid ini dilengkapi dengan pembilang sintilasi NaI:Tl dengan saiz 2 inci x 2 inci yang sesuai untuk mengesan bahan radiaoktif yang memancarkan sinar gamma bertenaga melebihi 100 keV. Di Kumpulan Fizik Perubatan, alat ini diguna untuk menjalankan penyelidikan berkaitan dos dalaman, pembangunan khidmat tentukuran pembilang tiroid di Malaysia dan latihan kepada pelatih/pelajar. Dos dalaman kepada pekerja sinaran yang terlibat dalam pengendalian punca tak terkedap boleh dipantau secara rutin menggunakan alat ini. Selain itu, alat ini juga diguna sebagai alat persediaan kecemasan untuk mengukur pengambilan bahan radioaktif oleh pekerja dan orang awam yang terdedah semasa kemalangan nuklear. Bahan radioaktif jenis rod Caesium-137 (33 dan 662) keV dan Europium-152 (32.9, 40.8, 121.8, 344.8 dan 661.7) keV dengan aktiviti 0.5 nCi dan fantom leher yang diguna dalam aktiviti tentukuran pembilang tiroid ditunjukkan dalam rajah 1-b dan 1.c.

 

 

image2

 Rajah 1: (a) Sistem Pembilang Tiroid Captus 3000.

image3image4

Rajah: (b) Fantom leher dan Iodin-131. (c). Bahan radioaktif Cs-137 dan Eu-152


Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.