Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Sistem Dosimeter Pendar Kilau Haba

Sistem dosimeter pendar kilau haba yang dikenali sebagai dosimeter termoluminesen (TLD) ialah alat yang lazim digunakan untuk mengukur aras sinaran alam sekitar. Ia juga digunakan bagi pengukuran dos pekerja yang bekerja dengan punca sinaran mengion seperti sinar-X dan bahan radioaktif. Pengukuran dan pemantauan aras sinaran alam sekitar adalah mengikut keperluan Peraturan Perlesenan Tenaga Atom (Perlindungan Sinaran Keselamatan Asas) 2010 yang dikeluarkan di bawah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB). Alat ini telah digunakan bagi tujuan pemantauan berterusan di kawasan sekitar Nuklear Malaysia dan turut digunakan dalam menyediakan khidmat kepada syarikat swasta.

 


Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.