Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Petelelihat Akustik

Petelelihat akustik berfungsi untuk menghasilkan imej yang berkualiti tinggi dalam mengenalpasti dan mengorientasi keretakan, kajian stratigrafi, kajian tekanan tempatan dan orientasi teras. Di Nuklear Malaysia, peralatan ini digunakan untuk menjana imej dinding lubang gerudi dengan menghantar denyutan ultrabunyi terhadap pembentukan sensor berputar, merekodkan amplitud dan masa perjalanan isyarat yang dipantulkan. Rekod amplitud memaparkan kontras “impedance” (galangan) antara batuan dan cecair. Masa perjalanan digunakan untuk menentukan ketepatan data diameter lubang gerudi, menjadikan alat yang unggul untuk mendiskripsi kecacatan lubang gerudi.

Sebelum sebarang analisis dilakukan, data perlu diproses terlebih dahulu. Beberapa proses yang terlibat di dalam penambahbaikan kualiti data ialah:
(i) interpolasi (sisipan) data yang hilang
(ii) penormalan imej
(iii) imej terintergrasi
(iv) penalaan kontra dan kecerahan


Data boleh dipaparkan sebagai imej, lengkungan atau paparan silinder 3D. Setiap fitur planar merakam azimut, kemiringan dan bukaan. Setiap ciri fitur boleh dikategorikan dengan menggunakan perisian ToadCAD. Perisian ini akan memberikan pemahaman terhadap struktur, termasuk ruang kerja dengan polar kemiringan, menaik dan plot vektor. Modul perisian merangkumi proses-proses tertentu seperti pengiraan “calipers” daripada imej masa perjalanan, menunjukkan kekuatan batu dan pemantulan imej.

Petelelihat akustik digunakan untuk menghasilkan imej yang berkualiti tinggi dalam mengenal pasti keretakan dinding lubang gerudi

 


Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.