Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Meter Tinjau

Meter tinjau ialah pengesan radiasi mudah alih dan peralatan pengukuran yang digunakan untuk memeriksa kakitangan, peralatan dan kemudahan bagi pencemaran radioaktif atau mengukur sinaran mengion ambien (untuk menilai bahaya pendedahan langsung). Meter tinjau pegang-tangan merupakan peralatan pengukuran sinaran yang paling dikenali masyarakat kerana penggunaannya yang meluas. Meter tinjau pegang-tangan yang paling lazim digunakan ialah pembilang sintilasi untuk pengukuran zarah alfa, beta dan neutron; pembilang Geiger yang digunakan secara meluas untuk mengukur aras alfa, beta dan gama; dan kebuk ion yang digunakan untuk pengukuran beta, gama dan sinar-x. Nuklear Malaysia mengguna pakai pelbagai jenis meter tinjau untuk mengukur dos terendah sehingga ke dos paling tinggi (Foto 1 - 3).


Foto 1: Meter tinjau dos tinggi




Foto 2: Meter tinjau dos rendah



Foto 3: Meter tinjau pengenalan nuklid


Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.