Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Rumah Haiwan Ujikaji

Sangkar konvensional di Rumah Haiwan Ujikaji (Blok 24) telah ditukar sepenuhnya kepada “Sangkar Berventilasi Individu” (IVC) bagi memastikan haiwan ujikaji yang dibiakkan serta dipelihara berkualiti tinggi, bebas jangkitan  serta sihat. Di Rumah Haiwan Ujikaji ditempatkan satu unit IVC untuk tikus (yang boleh memuatkan 80 sangkar) dan dua unit IVC untuk mencit (40 sangkar mencit bagi setiap unit). Udara yang keluar dan masuk ke dalam sistem IVC ini ditapis dengan penapis HEPA dan aliran udara keluar- masuk sehala yang berasingan untuk mengelakkan kontaminasi udara. Sistem ini juga dilengkapi dengan penyalur udara keluar bagi meminimakan masalah pencemaran bau di dalam Rumah Haiwan Ujikaji. Penggunaan perlapisan dan diet yang sucihama juga menjamin haiwan di sini bebas daripada jangkitan hama, kutu dan kuman. Stesen penukaran perlapisan juga turut dipasang dan digunakan bagi memastikan tiada berlaku pencemaran silang semasa menukar pelapisan. Haiwan yang berkualiti dan bebas dari jangkitan penyakit akan menjamin ketepatan hasil yang diperoleh daripada penyelidikan fito dan radiofarmaseutikal yang dijalankan di BTP.

 

rumahHaiwan1

 

rumahHaiwan2

Sangkar

 

rumahHaiwan3

Ducting System

 

rumahHaiwan4

Working Station

 

rumahHaiwan

 


Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.