Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Radas Penyinaran dan Peralatan Berkaitan Radiologi Diagnostik

Kumpulan Fizik Perubatan dilengkapi dengan tiga unit radas sinar-X perubatan iaitu mesin mammografi Bennett model MF-150G, sistem radiografi am Toshiba model KXO-50S dan mesin sinar-X lelengan-C bergerak & sistem TV Toshiba model SXT 1000A (Rajah 2). Secara amnya, radas-radas penyinaran ini diguna untuk aktiviti tentukuran radas ujian kawalan mutu mesin sinar-X perubatan, penyelidikan dan latihan.

Rajah 1: (a) Mesin mammografi Bennett model MF-150G. (b) Sistem radiografi am Toshiba KXO-50S. (c) Mesin sinar-X lelengan-C bergerak & sistem TV Toshiba SXT 1000A.

 

Mesin mammografi Bennett Model MF-150G dan sistem radiografi am Toshiba KXO-50S diguna sebagai punca sinar-X rujukan dalam aktiviti tentukuran meter dos, meter kVp dan pemasa dedahan. Dalam tentukuran meter dos diagnostik, elektrometer PTW Unidos model T10002 dan kebuk pengionan yang telah ditentukur di Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) diguna sebagai meter dos standard rujukan seperti ditunjukkan dalam rajah 3.

image4 image5

Rajah 2: (a) Elektrometer PTW Unidos model T10002. (b) Tiga jenis kebuk pengionan dengan isipadu berbeza yang diguna dalam tentukuran meter dos diagnostik.

 

Makmal ini turut dilengkapi dengan pelbagai jenis fantom dan alat pengesan sinaran yang boleh diguna untuk aktiviti penyelidikan. Antara fantom yang terdapat di makmal ini ialah fantom RANDO, fantom air, fantom payudara dan fantom CDRH yang boleh diguna untuk penyelidikan berkaitan dosimetri pesakit (Rajah 4). Alat pengesan relatif seperti dosimeter pendarkilau jenis TLD-100 dan TLD-100H juga ada di makmal ini. Dosimeter ini boleh dibaca menggunakan pembaca TLD Harshaw 3500 (Rajah 5).  Bagi yang berminat untuk menjalankan penyelidikan berkaitan pengimejan perubatan, makmal ini juga mempunyai sistem pengimejan digital NAOMI, pembaca radiografi berkomputer dan pemproses filem automatik (Rajah 6). Bilik gelap untuk memproses filem juga dilengkapi dengan pelbagai radas ujian seperti sensitometer dan densitometer (Rajah 7).

image07 image08image09

Rajah 3: (a) RANDO phantom. (b) Water phantom. (c) CDRH phantom.

image10 image10

Rajah 4: Pembaca TLD Harshaw 3500. (b) Serbuk TLD-100 dan kapsul untuk dosimetri radioterapi.

image11image11

Rajah 5: (a) Pembaca radiografi berkomputer Carestream Directview Classic CR. (b) Pengimej laser Dryview model 6850 dan pemproses filem automatic JPi model JP-33.

image13image11

Rajah 6: (a) Kaset filem pelbagai saiz dan sensitometer yang diguna untuk ujian sensitometrik. (b) Densitometer standard dengan jalur filem yang mempunyai kebolehkesanan kepada NIST.

image11image11

Rajah 7: Radas ujian untuk menentukan pengkolimat & keselarian alur sinar-X dan saiz titik fokus mesin sinar-X perubatan.

Makmal ini turut dilengkapi dengan pelbagai jenis radas ujian yang terkini seperti meter pelbagai fungsi – meter kV, meter dos dan pemasa dedahan, meter tinjau dan meter dos poket, radas ujian pengkolimat & keselarian alur, radas ujian saiz titik fokus dan pencahaya filem (Rajah 8). Selain melatih kakitangan dalaman, makmal ini juga menyediakan kemudahan latihan kepada pengamal-pengamal perubatan yang menjalani kursus perubatan sinar-X anjuran Unit Khidmat Latihan, Agensi Nuklear Malaysia, pelajar latihan industri daripada Institusi Pengajian Tinggi dan peserta Post Graduate Educational Course (PGEC) anjuran Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

 


Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.