Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Makmal Toksikologi

Makmal Toksikologi telah ditubuhkan pada tahun 2011 selari dengan Penubuhan Pusat Pembangunan dan Kualiti (Blok 37). Makmal ini menempatkan beberapa peralatan saintifik seperti Biochemical Analyser, Electrolyte Analyser, Stereo Microscope, Refrigerated Centrifuge dan set peralatan untuk ujian ketoksikan anak udang.

toksikologi1

Biochemical dan Electrolyte Analyser

 

toksikologi2

Stereo Microscope          

 

toksikologi

  Brine Shrimp Hatching System

 

toksikologi4

Refrigerated Centrifuge

Sebuah lagi peralatan berteknologi tinggi untuk kajian toksikologi iaitu Hematology Analyser telah ditempatkan di Makmal Biologi blok 24 yang berdekatan dengan Rumah Haiwan Ujikaji bagi memudahkan analisa sampel darah tikus dijalankan. Alat Hematologi merupakan satu-satunya alat yang dilengkapi dengan software multi-spesiss khusus untuk penganalisaan sampel darah haiwan selain dari sampel darah manusia. Selain daripada itu, di Makmal Toksikologi juga terdapat Sistem Akuarium Ikan Zebra yang akan digunakan dalam kajian ketoksikan embrio ikan zebra. Kajian toksikologi adalah amat penting di dalam pembangunan ubatan baru kerana kajian ini akan menentukan tahap keselamatan sesuatu ubatan yang dibangunkan. Tahap ketoksikan sesuatu ubatan akan disaring secara in vivo menggunakan anak udang dan embrio ikan zebra. Seterusnnya kajian toksikologi akan dilakukan secara akut, sub-kronik dan kronik menggunakan model haiwan. Pegawai bertanggungjawab untuk makmal Toksikologi adalah Puan Fazliana Mohd Saaya.

toksikologi5

Hematology Analyzer

 

toksikologi6

Zebra Fish Aquarium System


Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.