Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Makmal Biomolekul

Makmal Biomolekul telah ditubuhkan pada tahun 2011 selari dengan Penubuhan Pusat Pembangunan dan Kualiti (Blok 37).  Makmal ini telah dilengkapi dengan peralatan saintifik yang diperlukan untuk melaksanakan kajian pada peringkat molekular seperti High Content Screening System, Cell Reporter System, Real Time PCR System dan juga EnSpire® Multimode Plate Reader. Antara aktiviti-aktiviti penyelidikan yang dijalankan di makmal ini adalah kajian anti-oksidan, kajian sitotoksik, kajian anti-proliferatif, kajian apoptosis, analisis kitaran sel, kajian pengekpressan gen, kajian translokasi protein dan lain-lain. Di dalam bidang penemuan ubatan, kajian di peringkat molekul adalah penting untuk menentukan keberkesanan dan mekanisma tindakan sesuatu ubatan baru yang dibangunkan. Pegawai bertanggungjawab untuk Makmal Biomolekul adalah Dr Zainah Adam

makmalBiomolekul1

EnSpire® Multimode Plate Reader


biomolekul2

Cell Reporter System

 

biomolekul3

High Content Screening System

 

miomolekul4

Real Time PCR system


Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.