Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Makmal Analisis Kimia

Penyelidikan dan pembangunan produk herba melibatkan pengasingan dan pengenalanpastian sebatian bioaktif dan pembangunan fitofarmasuitikal atau standardized herbal medicine.  Pencirian sebatian fitokimia adalah penting kerana ia sering dikaitkan dengan kesan terapeutik. Makmal analisis kimia yang terletak di Aras 1, Blok 37 telah dibangunkan pada tahun 2011. Makmal ini dilengkapi dengan peralatan saintifik yang canggih seperti kromatografi cecair berprestasi tinggi iaitu HPLC-ELSC dan UHPLC-DAD serta sistem kromatografi lapisan nipis berprestasi tinggi (HPTLC) bagi tujuan penentuan tabuaran komponen kimia aktif yang hadir dalam ekstrak herba, profill cap jari, analisis kualitatif dan kuantitatif  komponen kimia aktif  yang dipisahkan

HPLC-ELSC

 

Ultra High Performance Liquid Chromatography (UHPLC) System

 

Thin Layer Chromatography Scanning and Documentation System

 

Sistem Preparative HPLC yang dihubungkan kepada sistem Fast Centrifugal  Partition Chromatography (FCPC) pula dapat meningkatkan keupayaan pemisahan dan penulenan sebatian kompleks dalam kuantiti yang besar (sehingga 6 g sampel) pada ‘flow rate’ sehingga 250 ml/min. Sistem ini dilengkapi dengan fraction collector memudahkan proses pengumpulan sebatian yang dipisahkan dan proses penulenan terhadap sebatian tersebut dapat dijalankan secara berterusan.

Preparative Liquid Chromatography-Fast Centrifugal Partition Chromatography System

 

Makmal ini turut dilengkapi dengan sistem LC-Triple TOF-MS/MS yang  digunakan bagi memperolehi berat molekul yang berketepatan tinggi untuk pembangunan produk semulajadi. Sistem ini berpotensi menjalankan eksplorasi keseluruhan secara kualitatif yang komprehensif dan penskrinan sebatian aktif dengan mudah. Kepekaan yang tinggi pada alat ini membolehkan pengesanan metabolit dengan pantas (rapid profiling) serta analisis kuantitatif MS/MS yang beresolusi tinggi dilakukan ke atas analit limpahan rendah dalam matriks yang kompleks. Pegawai bertanggungjawab untuk Makmal Analisis Kimia adalah Puan Hazlina Ahmad Hassali.

LC-Triple TOF-MS/MS

 

LC-Triple TOF-MS/MS


Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.