Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Loji Fitofarmaseutikal

Loji Fitofarmasiutikal telah dibangunkan pada tahun 2012 di Blok 37 dan dalam proses untuk pensijilan Amalan Pengilang Baik (GMP). Loji ini berfungsi sebagai pusat pengeluaran produk-produk fitofarmasiutikal hasil daripada kajian dan penyelidikan di Agensi Nuklear Malaysia. Pegawai bertanggungjawab bagi operasi Loji Fitofarmasiutikal ini adalah Encik Bohari Yaacob dan Encik Daryl Jesus Aropoc. Terdapat beberapa peralatan yang ditempatkan di Loji Fitofarmaseutikal yang khusus untuk penghasilan produk kapsul dan tablet. Antara peralatan yang ditempatkan termasuklah Granulator Machine, Drying Oven, Capsule Filling Machine, Tableting machine, Tablet Bottling and Labelling Machine dan Tablet Coating Machine. Dengan kelengkapan yang sedia ada, loji ini berkemampuan untuk mengeluarkan 3000-5000 biji kapsul dan 100 ribu tablet setiap jam. Setiap produk yang dikeluarkan akan melalui proses kawalan kualiti untuk memastikan produk yang terhasil menepati tahap piawaian yang telah ditetapkan. Ujian-ujian untuk kawalan kualitili termasuklah Ujian kekerasan tablet, Ujian kerapuhan tablet, Ujian pengecaian, Ujian logam berat, Ujian mikrobiologi, Ujian kestabilan tablet dan kapsul, Ujian keseragaman berat dan lain-lain. Loji Fitofarmaseutikal ini adalah dalam proses untuk mendapat pensijilan Amalan Pengilangan Baik (GMP). Pensijilan GMP ini adalah penting memastikan  setiap produk yang yang dikeluarkan adalah selamat dan berkualiti. Loji ini akan dikendalikan oleh operator-operator yang kompeten dan berkemahiran dalam proses penghasilan produk dan juga berkemahiran dalam menggunakan setiap peralatan. Justeru itu, latihan secara konsisten perlu diberikan kepada setiap operator untuk memastikan tahap kompetensi adalah sentiasa optimum.

loji1

Loji Fitofarmaseutikal

 

loji2

 

loji3

Drying Oven

 

loji4

Granulator Machine

 

loji5

Automated Capsule Machine

 

loji6

Tablet Coating Machine

 

loji7

Tableting Machine

 

loji8

Tablet Bottling and Labeling Machine

 

loji9

Tablet Inspection Machine


Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.