Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Pengecam Mudah Alih Nuklid Gama

Pengecam mudah alih nuklid gama digunakan untuk mengesan sinar gama dan mengenalpasti radionuklid. Ia boleh digunakan di makmal atau pengukuran di lapangan. Peranti ini terdiri daripada dua pengesan untuk menentukan kadar dos gama pada julat yang luas daripada < 0.05 μSv/jam ke > 10000 μSv/jam. Ia boleh membuat penentuan yang tepat dan cepat tanpa memerlukan penglibatan pakar. Bagi kadar dos yang rendah di bawah 20 μSv/jam, kadar dos ditentukan daripada spektrum pengesan germanium lampau tulen (HPGe). Bagi kadar dos lebih besar daripada nilai ini, tiub Geiger Muller yang terpampas/diimbangi dalaman digunakan secara automatik. Kecekapan relatif dan resolusi pengesan pada tenaga 1333 keV Co-60 adalah masing-masing 45% dan 1.96 keV. Pengesan disejukkan oleh miniatur, kebolehpercayaan penyejuk mekanikal yang tinggi membuatkan nitrogen cecair tidak diperlukan. Peranti ini dilengkapi perkakasan sistem kedudukan global (GPS) dan boleh disambungkan ke komputer luar untuk operasi analisis pelbagai saluran (MCA)

 


Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.