Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Pembilang Seluruh Badan

Pembilang seluruh badan ialah alat yang digunakan untuk mengukur dan mengenal pasti radionuklid dalaman di dalam tubuh atau organ. Pengukuran ini digunapakai terutamanya untuk bahan radioaktif yang memancar sinar gama. Pengukuran boleh ditentukan dengan menggunakan pengesan radiasi luar. Kelebihan pembilang seluruh badan ialah kebolehan mengukur kandungan radionuklid dalam badan secara langsung, tidak bergantung kepada kaedah tidak langsung (seperti urinalisis) dan dengan itu ia boleh mengukur radionuklid tidak larut di dalam paru-paru. Kaedah ini dipanggil pengukuran secara langsung atau pemantauan in vivo.

Pembilang seluruh badan

 


Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.