Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Sistem Bioreaktor WAVE

Bioreaktor WAVE digunakan dengan secara meluas dalam bidang pengkulturan sel kerana ianya menggunakan teknologi pakai buang, dan amat mudah digunakan. Sistem ini terdiri daripada beg sel pakai buang yang fleksibel dan steril yang mana terletak di atas sebuah platform penggoncang terma. Sistem bioreaktor ini boleh digunakan untuk penghasilan antibodi monoklonal, virus serta sel-sel serangga.

Sistem pakai buang WAVE Bioreactor direka berdasarkan pergerakan hayunan tak invasif yang membawa kepada pencampuran sempurna dan peralihan gas untuk pertumbuhan sel. Teknologi hayunan sekali pakai ini menerajui aplikasi bioreaktor kultur sel berbag pakai buang untuk kegunaan penyelidikan dan juga pengeluaran amalan pengilangan baik untuk mengkultur dan mengeluarkan antibodi monoklonal dalam kuantiti besar. Bioreaktor berhayun ini dibangunkan dengan sistem bersepadu dengan perisian kawalan pintar dan teknologi pengesan maju. Sistem Wave Bioreactor 20/50 ini boleh digunakan bersama alat kawalan Wavepod II yang memberi kawalan kepada semua parameter kulturan termasuklah tahap oksigen, pH dan pencampuran gas CO2/O2. Gabungan ini menghasilkan bioreaktor yang senang digunakan, prestasi konsisten untuk memaksimakan pengeluaran, menjimatkan masa dan kos.

Sistem Bioreaktor WAVE penggunaan tunggal bagi aplikasi kultur sel

 

waveBioreactor

Wave Bioreactor


Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.