Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Kromatografi Cecair Prestasi Tinggi

Kromatografi Cecair Prestasi Tinggi (UHPLC) berperanan untuk mengasingkan dan mengenalpasti sebatian bioaktif untuk pembangunan fitofarmasuitikal atau ‘standardized herbal medicine’. Sistem ini berfungsi sebagai kromatografi pepejal-cecair yang bertekanan tinggi untuk tujuan pemisahan, pemencilan, penulenan, profil cap jari dan pengenalpastian komponen kimia aktif dari sampel atau campuran seperti farmaseutikal, nutraseutikal, makanan, produk semula jadi, biologikal, lipid, trigliserida, asid amino dan sebagainya.

Analisis sebatian bioaktif dilakukan dengan Kromatografi Cecair Prestasi Tinggi

 


Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.