Kegunaan mikroskop elektron imbasan (SEM) meja (Foto 1) adalah amat luas dan merangkumi bidang-bidang seperti sains bahan, semikonduktor, gemologi, perubatan, sains forensik, sains hayat dan pendidikan. Antara spesifikasi asas alat ini adalah berkeupayaan melakukan pembesaran imej pada julat magnifikasi 20-15,000 kali. SEM meja juga boleh menghasilkan imej SEM beresolusi tinggi pada voltan pecutan 5 kV, 10 kV atau 15 kV. Salah satu kelebihan alat SEM ini adalah jangka masa proses muat naik dan muat turun sampel yang mengambil masa kurang daripada 30 saat. Penyediaan sample (Foto 2) juga merupakan proses yang sangat mudah dan cepat yang mana pengimejan terus boleh dibuat tanpa melakukan penyalutan pada sampel. Penggunaan tenaga juga rendah.
Foto 1: Mikroskop elektron imbasan (SEM) meja
Foto 2: Penyediaan sampel untuk pengimejan menggunakan SEM meja
Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.