Sistem Sinar-X Industri Keupayaan Malar model MG165 mempunyai keupayaan tiub antara 7.5 – 160 kV dan arus antara 0.5 – 45 mA (Rajah 1). Sistem ini diguna sebagai punca sinar-X untuk tentukuran meter dos diagnostik mengikut protokol standard antarabangsa iaitu IEC 61267:2005 Medical diagnostic X-ray equipment - Radiation conditions for use in the determination of characteristics dan Technical Reports Series No. 457: 2007 Dosimetry in Diagnostic Radiology: An International Code of Practice. Tiga kualiti sinaran iaitu RQR, RQA dan RQT telah dibangunkan bagi mematuhi protokol standard ini (Jadual 1).
Rajah 1: Sistem sinar-X industri keupayaan malar model MG165.
Jadual 1: Kualiti sinaran dan kegunaannya.
Kualiti Sinaran |
Kegunaan |
---|---|
RQR |
Mengukur alur sinaran dari radas radiografi am, fluoroskopi dan sinar-X pergigian ke atas pesakit. |
RQA |
Mengukur alur sinaran dari radas fluoroskopi selepas menembusi pesakit. |
RQT |
Mengukur alur sinaran dari radas tomografi berkomputer ke atas pesakit. |
Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.