Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Sistem Automated Metaphase Finder

Dosimetri biologi digunakan untuk mengukur nilai julat radiasi (dos) sinaran mengion berdasarkan tahap kerosakan dan perubahan kromosom. Sistem metaphase finder berupaya merakam, mengenalpasti dan menyimpan imej kromosom (metaphase). Imej yang disimpan dianalisis menggunakan perisian metafer dengan mengenalpasti kekerapan aberasi kromosom seperti disentrik dan translokasi. Dengan adanya peralatan ini, pemantauan dos radiasi kepada pekerja dan orang awam dapat dijalankan dengan cepat dan berkesan.

Analisis kromosom dijalankan dengan menggunakan perisian metafer.

 


Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.