Portal Rasmi Agensi Nuklear Malaysia

Sistem Fluorescene Molecular Tomography (FMT)

Sistem Fluorescence Molecular Tomography (FMT) diperolehi pada tahun 2013 melalui peruntukan pembangunan RMK10. Sistem Fluorescence Molecular Tomography yang ditempatkan di makmal Biologi (Blok 37) merupakan kombinasi mikroskop digital 3D dan pengimejan tomographic near-infrared (NIR) bagi membolehkan penentuan kuantitatif taburan fluorochrome secara 3D dalam tisu haiwan secara mendalam. Alat ini boleh digunakan dalam pelbagai aplikasi penyelidikan dan pra-klinikal. Gabungan FMT dengan kaedah pengimejan struktur seperti X-ray computed tomography (CT) dan Magnetic Resonance Imaging (MRI) akan membolehkan pemetaan anatomi molekul pada rujukan definisi tinggi. Sistem FMT ini boleh digunakan untuk pelbagai aplikasi penyelidikan merangkumi bidang “onkologi” (kanser), “inflammatory”, “pulmonary”, “cardiovascular” dan penyakit tulang. Melalui penggunaan sistem FMT, mekanisma biologi sesuatu penyakit dan tindak balas terapeutik dapat difahami dengan lebih jelas. Di Bahagian Teknologi Perubatan Agensi Nuklear Malaysia, sistem ini akan digunakan untuk projek penyelidikan dan pembangunan produk fitofarmaseutikal untuk rawatan kanser yang merupakan projek teras Kumpulan Teknologi Farmaseutikal. Bahagian Teknologi Perubatan juga bercadang untuk menawarkan hidmat analisis sampel/tisu menggunakan sistem FMT kepada penyelidik-penyelidik lain sama ada dalaman ataupun dari agensi penyelidikan luar.

fmt1

Sistem Fluorescence Molecular Tomography

 

fmt2

Unit Pembiusan Sistem Fluorescence Molecular Tomography


Untuk maklumat lanjut, sila layari SISPA.